Wednesday, June 9, 2010

Lelaki pendek umur?? betul ke??

Posted by YamMy at 7:06 PM


Lelaki pendek umur?? hmmm... fakta ke auta ni.... aku pun tak berapa pasti.. jadi, aku nak berkongsi dengan korang sume dengan info yang aku baru jumpa ini. Info2 ni aku jumpa kat majalah lama.. remaja 1 ogos 2008..... jom intai ape info2 nye.


  • Lelaki banyak merokok dan minum arak jika dibandingkan dengan wanita dan biasanya lebih suka mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.. opss.. nasib baik 'kamu' tidak merokok.. hehe.
  • Lelaki juga biasanya enggan berjumpa doktor ketika menghadapi masalah kesihatan.. hah.. ni kene batang idung sendiri ni.. haihhh..
  • Lelaki suka memandang remeh soal keselamatan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti berbahaya seperti lumba kereta, motor dan sebagainya. hah, orang panggil mat rempit... alaa.. minah rempit pun ade jugak... eh, ye ke??
  • Emosi kacau bilau menyebabkan mudah diserang migrain dan darah tinggi atau sebagainya. ye la, nak fikir kene bayo kereta, rumah, anak isteri lagi.... hah, lagi pulak kalau ade hutang ngan ah long... dah macam kene tempah batu nesan siap2 je.. opsss.. hehe.


Bagi aku, tabiat perempuan dengan lelaki lebih kurang sama je sekarang ni... Bukan apa... ramai perempuan sekarang yang dah pandai hisap rokok, minum arak, jadi minah rempit, macam2 lagi lah... korang setuju tak??


Apa2 pun... kita wajib percaya pada qada' da qadar.. ajal maut ditangan tuhan..



p/s: beramalah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari.

0 bebelan korang:

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez