Sunday, January 16, 2011

Aku ni ganas sebenarnyer..

Posted by YamMy at 8:52 PM 2 bebelan korang


Pernah tak korang kecik2 berangan nak jadi macam barbie doll ke? mak aku kate, mainan ni ade macam unsur khinzir sebab tu name barbie tu macam tu, dan sebab tu jugak la aku tak penah ade patung ni kat rumah.. tu sume tipu daye dari mak aku tuk elakkan aku dari merengek nak barang2 mahal camtu.dan lebih ekstrem lagi, barang aku dengan aku sume same. dari pistol sampi la ke mainan kete kecik2 tu.
ape abg aku ade, aku pon ade gak. sume barang mainan laki. sebab tu aku lagi ganas dari abg aku mase kecik2 dulu.pernah sekali abg aku kene buli ngan budak name mamat. kat tempat kitorang die la budak2 paling ganas kat kampung tu. Mamat ni berbadan besar, macam watak Giant dalam citer doremon tu. kulit die hitam. pastu hingus meleleh. eeww.. pernah sekali die ngendeng dekat abg aku, usik sampai abg aku yang comel tu sampai menangis. sian abg aku tu, sampai merah2 muke die. aku yang pantang tengok orang di tindas ni pon ape lagi. aku ambik senapang kesayangan aku, aku ketuk kepale si Giant tu sampai die nangis. Hahaha.. padan muke kau. Akibatnyer, senapang tu patah. tapi tak pe, abg aku lagi penting. Haaa. korang nampak tak betape ganasnyer aku waktu tu.Tapi sekarang ni aku dah berubah, tetap ayu macam Ana Rafali tuh. cewah. Terase diri ini cantik pulak.


*************************

Dulu aku teringin belajar obersea, boleh jumpe mat saleh hari2. Dalam imaginasi aku tu, aku berkenalan dengan mat saleh yang kacak2, kulit putih, badan bau wangi, waktu tu aku rase orang hensem adalah manusia yang wajib berbau wangi. Kirenyer, dorang ni tak de kelemahan la. sangat perfect dari hujung rambut dorang yang blonde tu sampai la ke kuku kaki die. kalau dalam tv pulak, kacukan melayu dengan mat saleh mesti kacak n cantik, cam bez je dapat muke cantik macam dorang tu. Waktu tu speakang aku mesti dah power giler. Ala yang macam orang putih dalam tv cakap tu. kalau duduk negara sejuk mesti aku pon boleh betukar jadi putih macam orang putih jugak. Kalau ade salji pulak boleh main salji. yang paling aku teringin main perang2 salji.
Bile besar ni baru aku tau yang semua tu bukan lah seperti yang aku bayangkan. ceh, propaganda betul. sebenarnyer, aku je yang mudah terpedaye mase kecik2 dulu. hihi.

Tuesday, January 11, 2011

Cerita Cuti Part 2

Posted by YamMy at 5:55 AM 2 bebelan korang


Alooha... jumpe aku lagi. Sile buat muke gembira ye. Senyum cikit.. Alololo... comelnyer. Ceh mule nak perasan la tu. hehe...

Nak cite banyak pon tak gunakan. Kalau introduction tu panjang lebar, bukan dapat marlah pon. Ceh. Lagipun, sape la yang suke dengar orang membebel. pergi kelas dengar pensyarah membebel. pergi kerje, bos membebel. Balik rumah, mak membebel. Tengok blog, blogger membebel. ok. aku dah mule membebel. Haizz. tak macho langsung..

Minggu first cuti aku dihabiskan dengan tengok tv sampai bosan. tekan2 phone kalau orang mesej. habiskan beras kat rumah. korek2 hidung. mintak mak masak sedap2 (ahaks.. achik aku kate kalau angah balik dapat la makan sedap2 cikit. ceh.. tak besyukur langsung. hanye aku je yang leh makn sedap hokey. muahaha). Tapi, semua ni bukan mende positif kan. ok. Sile abaikan..

Tapi bile alang balik je dari kampus (die ni student UIA. skarang ni tengah buat 'metrix' kat Nilai), maka, adinda ku ini telah membuat pengishtiharan sambil membuka watikah pengishtiharan.

"Barangsiapa mahu menyertai 'join' mendaki Bukit Tabur (mule2 aku dengar adik aku sebut Bukit Taboo) pada keesokan hari, anda dikehendaki meringankan punggung anda"

Ceh, ringankan punggung. Tak macho langsung.. hikhikhik

Aku bukan nak pergi sangat. Setakat Bukit Tabur ape la sangat. Everest pon aku da panjat. ok, aku tipu. Aku pergi pon sebab suka-suka ja. Adik aku beria-ria soh ikot. Die kate tak best kalau aku tak de. ok. hikhikhik.

Malam tu jugak, aku tanya Prof. Google pasal Bukit ni. Mak aih. Cintiknyer.. Masyaallah...

Maka, pagi esok tu kitorang betolak jam 5 pagi. Sampai di kaki bukit jam 6 pagi. Lepas solat, kitorang mule kan aktiviti panjat-panjat neh. View kar atas bukit ni sangatlah cantik. Macam nak tinggal sane terus je.

Disebabkan kitorang ni banyak borak-borak n cakap-cakap n bual-bual n amik2 gambo. Kitorang sampai peak dalam pukul 10. Lame kan. hahaha..

gamba adik beradik. yang pakai cermin mata tu ustaz rock. hoyeahh.. sebelah tu klang gate.



sejuk oo.. kabus tebal..



hensem batu neih.. macam bentuk muke orang


time rehat2. Kitorang adik beradik je yang terjumpe ngan tulisan ni. Subhanallah...


Bukit Tabur ni special cikt.. bukit ni merupakan kuarza yang terpanjang di dunia. nak tau lagi klik sini dan sini ..

Kalau ank naik bukit ni da macam rock climbing. kekadang tu aku confius, macam mane aku aku naik tadi, sebab dah tak reti nak turun. Ahaks..

Ape2 pun, aku hidup lagi, dan selamat turun. alhamdulillah...

Dari Bukit Tabur, kite boleh nampak dengan jelas Kuala Lumpyr, Klang Gate dan UIA. Bukit ni pon popular dikalangan photographer, sebab view nyer sangatlah cantik.

ps: nak naik lagi bole tak.



Wednesday, January 5, 2011

Cerita Cuti Part 1

Posted by YamMy at 6:07 AM 1 bebelan korang

oh my, memang dah lame tak update blog. Bukan ape, tak ada idea la nak update ape, bile bukak blog je mesti temenung jauh. Macam fikir mase depan lak, padahal nak tulis blog je pon. Seyes, aku selalu mati kutu bile nak tulis blog ni.. Bukan kutu2 atas kepala ni mati ye, tapi kutu2 kat dalam kepale aku ni yang mati.

Adeh.. Tangan aku da tegagap nak tulis dah ni. Haih. Errmmmmm...

Baiklah, sambil tarik nafas panjang.. aku rase aku nak mulekan dengan perkare2 yang aku buat time cuti sem ritu.

Cerita nya bergini....


Awal minggu pertama aku dah sibuk ngan training. Ade yang tanye, Training ape yang aku buat time cuti2 nih. Sampai sakit2 badan. sampai banyak Cop Mohor atas badan aku ni .. Lebam sane sini. Haih, turun hantaran kawin aku, tapi skang ni da Ok. No Cop Mohor lagi ok.

sape2 yang nak tau training ape yang aku buat, sile teruskan mem
baca ye, sape yang tak nak tau pon kene bace, sebab kamu dah tersinggah kat sini. hehe..

Sebenarnye, aku ade training silat untuk Karnival Wajadiri 1 Malaysia IPT PSSCM kali ke-4 di UPSI. Sape2 yang tak paham lagi, aku masuk pertandingan untuk Karnival kali ni la kirenyer, Ha.. Paham dak? Ha, Kitorang ni wakil negeri Melake tau, dan berjaye
merangkul gangsa dalam kategori 4, Kire ok la tu. Ni first time aku masuk. Tak de pengalaman lagi... Jom la layan gamba2 ni dulu. hehehe.. Korang kan suke tengok
gamba. kan kan kan...


wajah heroin kategori ke-3. Jangan main2 ngan orang dalam gamba ni, die penah belasah 9 orang sekali gus. =p.. hehe. Tabik hormat! nada ala2 dalam kawat gitew..


ni dalam kelas latihan. kalau hujan, maka berlumpurlah baju seakan orang balik dari sawah.. Tapi gwa tak de gamba tu sekarang.


ni la pahlawan2 melake yang baru balik dari 'perang'.. hencem tak kami. lengkap beruniforn dan bertanjak... peaceeee. ha, time ni tak de pingat kat leher lagi. tengok gamba lain pulak ye... hoho..


tengok la muke yang tersenyum girang ni, walaupun gangse, kami tetap puas hati.. yaey!!..


Teringat kate2 seorang sahabat ni, kita kan wakil melaka, bayangkan saje semangat hang tuah dalam diri.. Hoh, semangat habis....


Lepas selesai Karnival ni, kitorang pon balik la.. maka tamat riwayat. eh, bukan.. cerita cuti aku part 1 aku ni. Lepas ni, aku buat ape ek, kite sambung part 2 pulak ye, Adios...
Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez