online counter

Thursday, August 25, 2011

Hari Raya bagi budak kecik!

Posted by YamMy at 3:41 PM 0 bebelan korang


Tak sangkakan! Hari Raya beberapa hari je lagi, rasa macam baru seminggu je berpuasa. Kalau status kat fb, masing-masing berlumba buat kuih raya. Raya sakan kot! Aku pulak biasa je, kuih berbalang-balang aku buat ade aku cerita kat korang *ok aku tipu.


Apa-apa pun, hari raya sangatlah bermakna bagi kanak-kanak. Tiap kali raya mesti berlumba-lumba nak kumpul paling banyak duit raya. Masa tu, sapa yang kumpul paling banyak duit raya, dialah RAJA. Raja paling kaya, paling banyak berusaha, paling handsome, paling kacak dan paling cantik, juga bermacam paling lagi.


Masa zaman aku kecik-kecik, rm2 adalah jumlah yang paling besar, macam2 boleh buat dengan duit tu. Kiranya, orang kaya2 je boleh bagi rm2 ni. Paling cikit dan paling dibenci adalah 50 sen. zaman sekarang ade orang nak bagi 50 sen? nan hado! pada kitorang yang masih kecik dan naif tu, sapa yang bagi 50 sen adalah orang yang paling kedekut dan sekali dipandang rendah oleh kitorang (owh, sangat tak patut aku masa tu). Bagi sesiapa yang bagi kitorang lebih dari rm2, mereka akan dipandang tinggi dan kitorang takkan lupe bg tau rakan2 yang lain, supaya rakan2 yang lain boleh serang rumah mereka pulak. hoho. Boleh la sama2 kumpul duit raya banyak banyak *mulia jugak aku ni kan. hee.


Then, lepas pukul 5 baru la kitorang tepacak kat rumah. mak abah akan tanya. "banyak dapt duit raya?". kitorang dengan gembiranya akan ceritakan satu2 persatu rumah yang kitorang pergi, sapa yang bagi paling banyak duit dan sapa bg paling cikit. mak abah pulak layan kan aje perangai kitorang satu persatu. maklumlah adik beradik ramai.


Bila malam menjelma, kami adik beradik ada misi lain untuk diteruskan, yakni ikut mak abah pergi rumah kawan2 dorang yang dok jauh sikit dari rumah kitorang. Masing2 akan ikut sebab suka naik kereta, lagi satu kitorang dah set in mind, kawan2 mak abah mesti orang kaya,. Boleh la dapt banyak duit raya. hehe


Tak lupa juga, bile balik rumah kitorang adik beradik takkan dok saje2. masing2 jadi akauntan, kira duit masing2. sampul duit juga wajib di tulis nama masing2.


ps: tahun ni aku leh dapt duit raya lagi tak? boleh la. plissss



Sunday, August 7, 2011

mata ketam

Posted by YamMy at 11:17 PM 0 bebelan korang

ummi, itu panggilan ibu aku. kali ni aku akan ceritakan sedikit mengenai ummi aku. walaupun hari ini bukan hari ibu. kawan2 ummi aku bagi gelaran 'mata ketam' pada ummi. pertama kali dengar.. eh, mata ketam? comelnya.. >.< tapi sebenarnya gelaran mata ketam tu diberi pada orang yang senang menangis. orang kate cengeng. tah betul ke tak ejaan tu. hee~ tapi aku tak berapa suke perkataan cengeng tu, sebab seolah2 mengejek. hoo... baiklah. disebabkan ummi aku diberi gelaran mata ketam. adakah aku pula anak mata ketam? hmmm.. sebabnya, aku pon senang menangis, aku juga tak gunakana perkataan aku suka menangis ye tuan2 sekalian, sebabnya... aku tak penah suka akan tangisan dan tangisan juga tak pernah sukakan aku, jadi tiada perkataan 'suka' disini.

baiklah, aku dah menyimpang. berbalik pada cerita ummi aku, ummi aku ni mmg senang menangis. sebab tu aku ni tak sampai hati nak lukakan hati dia. tapi, bila tengok die menangis, aku pun akan turut menangis, sebab tu la aku ni dah jadi 'anak mata ketam'. owh, adik perempuan aku semua macam tu. mana tak jatuhnya kuah kalau tak kenasi ye tak. kalau kuah tak tak jatuh kenasi, maknanya ko makan kuah tanpa nasi. erm. bai.

Monday, June 6, 2011

ilusi optik

Posted by YamMy at 5:29 PM 1 bebelan korang

amaran! jangan main2 dengan gamba2 neh. aku pandang bahagian atas nampak lain, bahagian tengah nampak lain. allright pictures, u win! grrr..







tak sangka, hebat lukisan ni, sampai boleh menipu manusia. Inilah dinamakan ilusi optik!






Sunday, June 5, 2011

video SKODENG

Posted by YamMy at 10:07 PM 0 bebelan korang




assamualaikum~


apa khabar semua? semua sehat tak hari ni? --eceh introduction je dah macam cikgu plak...

korang tau tak apa itu shoutbox? dalam bahasa melayunya tempat jerit/tempat menjerit/ jerit kat tempat/ jerit-jerit tempat. ok stop cik yam oi! back to main thing...

anda-anda semua biasa tengok shoutbox ni kan? biasa nya shoutbox ni digunakan untuk tetamu berkomunikasi dengan empunya blog, tapi ade sekali aku base ade orang tulis cam gini.


"Padan muko ko!! Aku dapat video SKODENG ko!!! hahaha..."


ayat yang dia tulis ni buat aku berfikir.. erk, video?? aku ada amik video ape? ayat ni dituju untuk aku ke? ah! sah aku dah tak siuman. grrr..

aku tak nafikan, mule2 aku tengok ayat ni aku tekejut, ape neh?????

yela, ayat-ayat normal yang biasa aku dapt manis-manis bunyinya. siap boleh buat aku tersenyum sorang-sorang. tetiba kene sergah macam ni, aku pon tekejut la. hee~ well, aku kan budak baik. ngeee..

tapi kalau kita tak buat salah buat ape nak takut kan. hahaha...



Wednesday, June 1, 2011

mane rumah die 4 bijik tu?

Posted by YamMy at 4:02 PM 0 bebelan korang


orang yang paling aku tak suka adalah orang yang suka menunjuk-nunjuk. Even orang tu ada rumah besar sampai gajah pon boleh masuk, ade aku kesah? aku kat sini bukan nak cakap pasal orang yang ada rumah besar sampai gajah pon boleh masuk. Tapi mengenai seseorang yang boleh buat aku panas, tapi aku kool je. hakhak.

Aku, Ummi aku berserta 2 adik aku dalam pejalanan ke Temerloh, Pahang, dalam rombongan ke majlis perkahwinan kenalan ummi aku. Dalam perjalanan balik tu, kelindan bas tu pon beborak ngan ummi aku. Tanye pasal anak. ala, biasela... topik paling common.

Kb (kelindan bas) : Ni anak ke? Belajar mana? (merujuk pada aku)

Ummi : A'a. Belajar kat Utem?

Kb : Ooo. belajar kat TEKNI ye. (Sambil pandang aku)

Aku : Erk.. salah tu pakcik. Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Kb : betul la tu sayang oii.. singkatannye TEKNI je.. anak pakcik pon belajar sane.

Aku : T_T (ye ke? aku tak penah dengar pulak. aku nak tanye anak die amik course ape. sedap je die potong cakap aku. hu)

Then, tetibe je pakcik tu kate macam ni :

Kb: Saye ade 4 bijik rumah tau! satu rumah pangse, satu rumah 2 tingkat, baru-baru ni saye buat lagi sebijik rumah harga 450,000... (lagi satu ape tah)

ok fine, ade aku kesah kalau ko ade sepuluh pon. ade kitorang tanye ke?

nak dijadikan cerite ni makin best adelah: kenalan mak aku merupakan jiran pakcik kelindan bas. menurut beliau, pak cik kb ni tinggal kat rumah pangsa. dan paling mengejutkan kitorang die menyewa je. Anak die tak sambung belajar mana2 pon, sekarang kerja kat warta.


wait, mane rumah die 4 bijik tu? rupanye semua yang pakcik tu cerita tipu je. hei! saye paling tak suke orang tipu2 ni. ok, kalau nak buat penyedap cerite pon, jangan la sampi semua ko tipu. aku tak kesah kalau ko tinggal dalam kotak pon, asal hati ko baik. semua orang akan suke ko.


btw, aku rase kesian kat pakcik nih. mungkin die rase rendah diri sampai menipu kitorang yang naif nih. dok mengiyakan je ape die cakap. mati2 kitorang percaye kau tau. aku pon bukan la orang senang, tapi aku bukan la susah pon. tapi kita perlu terima qada' dan qadar.. Terima apa yang DIA anugerahkan pada kita. Kalau dah tipu macam ni, jelas tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Wednesday, May 11, 2011

hati-hati ye wahai kaum hawa

Posted by YamMy at 4:13 PM 0 bebelan korang

baru-baru ni aku ade terbace status one of my friends kat fb. statusnya bergini:

"8-10-tion= hati-hati kepada semua kaum wanita melayu...sekarang seorang lelaki india sedang galak menyimbah asid kemuka kaum wanita melayu..MOTIF???? suka2 kowt...20 orang wanita telah menjadi mangsa di sekitar kuala lumpur...suspek menaiki HONDA EX5 WARNA HITAM...berhati2 yer saudara sekaum ku..."
*aku copy paste je status ni =p

ha, siap ade nombor plat lagi kau. tapi aku tak tau la betul ke idok nombor plat tu. tapi kalau ikut logik, polis mesti dah dapat tau siapa pemilik kenderaan kalau betul no plat kenderaan tu.

mula-mula aku tak sure la betul ke tak cite orang main simbah asid neh sebab aku ade kat melake bukan kat kl. yela, siapala nak buang masa simbah2 asid.. mangsenye pulak tak kenal sapa. sapa2 pon buleh kena la kan?

tapi tengah hari tadi keluar berita pasal orang simbah asid ni. info yang aku tau.. penjenayah ni buat operasi penyimbahan asid ni *dah macam upacara ape pulakkan, pada waktu petang setiap hari isnin hingga jumaat. pada hari sabtu dan ahad pula, pada sebelah pagi.

pada pendapat aku la, orang ni sakit mentol mental kot. tak pon suka suki je, sebab die sakit hati orang tu lagi cantik dari die agaknya. tapi betul ke mangse adalah perempuan melayu sahaja? yang pan asian? cam ne lak nak kire neh? betul ke penjenayah lelaki india? betulke suspek menaiki kereta honda? ape2 pun kite serahkan jelah pada pihak berkuasa jalankan tugasnya.

so, conclusionnya.. hati2 lah di jalanraya.. dan hati2 lah dengan HONDA EX5. hee...


Thursday, April 14, 2011

oh slip periksa

Posted by YamMy at 12:57 AM 0 bebelan korang




Assalamualaikum =)

Hari ni aku tak berape sibuk. Jadi, jari jemari aku ni tetiba jadi sangat rajin menaip. hee~ Tetiba rase gembira.

tapi yang aku nak cerita hari ni memang cerita tak best ok. slip periksa dah keluar. *rasa gembira tadi terus hilang. actually slip periksa memang dah lame keluar pon.

nak tengok tak slip periksa aku yang sangat mencabar neh? tengok susunan jadual pon dah terasa cabarannya okey.


*klik untuk tumbesaran beliau.


ha.. apa yang korang nampak? kitorang periksa seminggu je hokey! oh.. emotional betulla. pekse spm pon lagi bezt. huh!

bukan aku nak cakap ape. subjek2 yang berkenaan ni dah la killing subject. susah ooo.. pastu jarak antara subject.. mak aii. sekangkang kera je. adeh..

masa mule2 dapat slip periksa ni, puas aku tenyeh taik mata aku, mimpikah aku? jap2 april fool kah? ini lagi tak mungkin.. kitorang tak penah pon sambut april fool neh.tah2 fakulti yang nak gurau ngan kitorang kot... susah jugak aku nak terima kenyataan yang jadual peperiksaan kitorang sedasyat ini. T_T

ok la. samapi sini je. adios..

presentation lagi

Posted by YamMy at 12:20 AM 0 bebelan korang



Assalamualaikum =)


Sangat lama tak bukak blog ni. Dah besawang hokey. Rase macam masuk hutan pulak bile masuk sini. Rasa cam bosan je kan. huu~ (T_T)"


Pada pendapat aku, sem akhir kat utem ni macam hukum bunuh je. sangat menyiksakan.. sume nak kene kejar. grrr... harap sume ni berbaloi. doakan okey =)

Masa kitorang nak siapka projek akhir, sangatlah tensen.. muke masing2 dah macam belacan... beminyak je. stess punye pasal.. nak basuh muke pon rase tak semangat. mule la muke jadik tempat pembiakan jerawat2 yang tak makan saman tu. tapi alhamdulillah. muke aku tak la sampai naik2 jerawat ni.

Ade skali aku tengah mandi, then nak basuh muke.. adeh pencuci plak dah abih lak. grrrr. ok. kita ambik jalan mudah je. jalan mudah aku adalah sapukan saje cucian mandian keatas muke ye kawan2. tadaaa. bersih pon. jadik la tu.. pakai pencuci muke cam biasa bukan makin putih pon. wekk..

jadi, seminggu jugak la aku basuh muke ngan sabun mandi aku tu. hikhikhik. sib baik muke aku sihat je.

mase nak presentation projek, kitorang satu rumah ngadap cermin.. alamakkk.. nape makin gelap nih.. haih... aku rase la kan, kitorang kene radiasi komputer la. hee. tiap2 ari ngadap laptop. lepas solat ngadap lappy, lepas makan ngadap lagi, lepas mandi dok melangut kat lappy. nak tido pon bekira-kira. haa. korang dapat nampak tak betapa daruratnya waktu tu.. masa kitorang abih kat rumah je. huhu... betapa peritnya nak dapatkan ijazah neh...

tapi ape2 pon sume bejalan dengan baik.. presentation pon ok je. bebaloi jugak la kitorang besusah2. =)

*ade 2 lagi projek kena buat presentation.. penyeksaan mental tak abih lagi. ^.^


Sunday, March 20, 2011

fahrin ahmad

Posted by YamMy at 12:28 PM 0 bebelan korang


Tetibe rase nak menaip, tapi tak tau ape nak ditaip...

ok la, skarng ni aku nak cakap pasal fahrin ahmad.. haaa, kenapa dengan fahrin ahmad ni. die kenal aku ke? ke aku yang kenal die.. Atau kitorang penah bejumpe? kitorang penah main masak2 ke mase kecik2 dulu? ke aku penah satu sekolah ngan die dulu? hak3...

Bukan ape. akk aku ni slalu termimpikan fahrin ahmad. sebab ape die termimpi? sebab fahrin ahmad tersesat dalam mimpi die, sebenanyer fahrin ahmad nak masuk dalam mimpi aku.. tapi disebabkan gps die rosak hari tu, maka fahrin ahmad pon terpaksa termasuk dalam mimpi akk aku. eh jap... bukan sekali je gps die rosak tau. dah banyak kali, tu sebab la fahrin ni asik tersesat je dalam mimpi akak aku tu.. hei... sile betulkan gps kamu tu ye. kalau tak sampai bile kite nak jumpe ni. dah lame saye tggu tau. hak3.


peringatan: separuh daripada kisah ini tidak ade kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati.

pstt: semalam baru aku tau ade sorang kawan aku ni tak de darah melayu langsung. woww.. i'm impress. hak3...


Saturday, March 19, 2011

mari merapu

Posted by YamMy at 11:26 PM 0 bebelan korang


setelah hampir beberapa bulan aku tinggal kan blog yang comel ni (comel ke??). cube korang bayangkan, kalau la blog ni boleh bercakp, habis dimaki nyer aku nih. ye la, aku dah tinggalkan lame dunia blog ni. bukan tu aje, nak jenguk blog sendiri pon susah. kalau blog fatin liyana tu rajin pulak ko tengok ye. tu la bukti kekejaman aku. ish..

sebenarnyer ade gune jugak berblogging ni. dari mengadap tv, facebook lame2, lepas tu tension ngan projek yang tak siap2... then tak tau nak luahkan kat sape.

ha.. mase ni lah berblogging ni berguna. korang boleh la membebel sampai pagi kat blog ni.... blog ni la teman paling baik. kurang2 pon korang kene sumpah akibat terlalu banyak maki hamun dalam blog korang sendir. hakhakhak..

tapi, jangan la korang melalut sampai tak ingat dunia, nanti ade orang kate perasan bagus pulak kan. pastu jadi bahan umpatan, pastu orang dengki2, pastu orang buat group kat facebook "kami benci si folan bin si folan" tp tak pe, dapt pahale free. hak3.

*************************************************************************************

sebenanyer, entri kali ni merepek bin ikan kerapu je. jadi, maaflah kalau aku dah bazirkan mase korang ye. hak3..

Sunday, January 16, 2011

Aku ni ganas sebenarnyer..

Posted by YamMy at 8:52 PM 2 bebelan korang


Pernah tak korang kecik2 berangan nak jadi macam barbie doll ke? mak aku kate, mainan ni ade macam unsur khinzir sebab tu name barbie tu macam tu, dan sebab tu jugak la aku tak penah ade patung ni kat rumah.. tu sume tipu daye dari mak aku tuk elakkan aku dari merengek nak barang2 mahal camtu.dan lebih ekstrem lagi, barang aku dengan aku sume same. dari pistol sampi la ke mainan kete kecik2 tu.
ape abg aku ade, aku pon ade gak. sume barang mainan laki. sebab tu aku lagi ganas dari abg aku mase kecik2 dulu.pernah sekali abg aku kene buli ngan budak name mamat. kat tempat kitorang die la budak2 paling ganas kat kampung tu. Mamat ni berbadan besar, macam watak Giant dalam citer doremon tu. kulit die hitam. pastu hingus meleleh. eeww.. pernah sekali die ngendeng dekat abg aku, usik sampai abg aku yang comel tu sampai menangis. sian abg aku tu, sampai merah2 muke die. aku yang pantang tengok orang di tindas ni pon ape lagi. aku ambik senapang kesayangan aku, aku ketuk kepale si Giant tu sampai die nangis. Hahaha.. padan muke kau. Akibatnyer, senapang tu patah. tapi tak pe, abg aku lagi penting. Haaa. korang nampak tak betape ganasnyer aku waktu tu.Tapi sekarang ni aku dah berubah, tetap ayu macam Ana Rafali tuh. cewah. Terase diri ini cantik pulak.


*************************

Dulu aku teringin belajar obersea, boleh jumpe mat saleh hari2. Dalam imaginasi aku tu, aku berkenalan dengan mat saleh yang kacak2, kulit putih, badan bau wangi, waktu tu aku rase orang hensem adalah manusia yang wajib berbau wangi. Kirenyer, dorang ni tak de kelemahan la. sangat perfect dari hujung rambut dorang yang blonde tu sampai la ke kuku kaki die. kalau dalam tv pulak, kacukan melayu dengan mat saleh mesti kacak n cantik, cam bez je dapat muke cantik macam dorang tu. Waktu tu speakang aku mesti dah power giler. Ala yang macam orang putih dalam tv cakap tu. kalau duduk negara sejuk mesti aku pon boleh betukar jadi putih macam orang putih jugak. Kalau ade salji pulak boleh main salji. yang paling aku teringin main perang2 salji.
Bile besar ni baru aku tau yang semua tu bukan lah seperti yang aku bayangkan. ceh, propaganda betul. sebenarnyer, aku je yang mudah terpedaye mase kecik2 dulu. hihi.

Tuesday, January 11, 2011

Cerita Cuti Part 2

Posted by YamMy at 5:55 AM 2 bebelan korang


Alooha... jumpe aku lagi. Sile buat muke gembira ye. Senyum cikit.. Alololo... comelnyer. Ceh mule nak perasan la tu. hehe...

Nak cite banyak pon tak gunakan. Kalau introduction tu panjang lebar, bukan dapat marlah pon. Ceh. Lagipun, sape la yang suke dengar orang membebel. pergi kelas dengar pensyarah membebel. pergi kerje, bos membebel. Balik rumah, mak membebel. Tengok blog, blogger membebel. ok. aku dah mule membebel. Haizz. tak macho langsung..

Minggu first cuti aku dihabiskan dengan tengok tv sampai bosan. tekan2 phone kalau orang mesej. habiskan beras kat rumah. korek2 hidung. mintak mak masak sedap2 (ahaks.. achik aku kate kalau angah balik dapat la makan sedap2 cikit. ceh.. tak besyukur langsung. hanye aku je yang leh makn sedap hokey. muahaha). Tapi, semua ni bukan mende positif kan. ok. Sile abaikan..

Tapi bile alang balik je dari kampus (die ni student UIA. skarang ni tengah buat 'metrix' kat Nilai), maka, adinda ku ini telah membuat pengishtiharan sambil membuka watikah pengishtiharan.

"Barangsiapa mahu menyertai 'join' mendaki Bukit Tabur (mule2 aku dengar adik aku sebut Bukit Taboo) pada keesokan hari, anda dikehendaki meringankan punggung anda"

Ceh, ringankan punggung. Tak macho langsung.. hikhikhik

Aku bukan nak pergi sangat. Setakat Bukit Tabur ape la sangat. Everest pon aku da panjat. ok, aku tipu. Aku pergi pon sebab suka-suka ja. Adik aku beria-ria soh ikot. Die kate tak best kalau aku tak de. ok. hikhikhik.

Malam tu jugak, aku tanya Prof. Google pasal Bukit ni. Mak aih. Cintiknyer.. Masyaallah...

Maka, pagi esok tu kitorang betolak jam 5 pagi. Sampai di kaki bukit jam 6 pagi. Lepas solat, kitorang mule kan aktiviti panjat-panjat neh. View kar atas bukit ni sangatlah cantik. Macam nak tinggal sane terus je.

Disebabkan kitorang ni banyak borak-borak n cakap-cakap n bual-bual n amik2 gambo. Kitorang sampai peak dalam pukul 10. Lame kan. hahaha..

gamba adik beradik. yang pakai cermin mata tu ustaz rock. hoyeahh.. sebelah tu klang gate.



sejuk oo.. kabus tebal..



hensem batu neih.. macam bentuk muke orang


time rehat2. Kitorang adik beradik je yang terjumpe ngan tulisan ni. Subhanallah...


Bukit Tabur ni special cikt.. bukit ni merupakan kuarza yang terpanjang di dunia. nak tau lagi klik sini dan sini ..

Kalau ank naik bukit ni da macam rock climbing. kekadang tu aku confius, macam mane aku aku naik tadi, sebab dah tak reti nak turun. Ahaks..

Ape2 pun, aku hidup lagi, dan selamat turun. alhamdulillah...

Dari Bukit Tabur, kite boleh nampak dengan jelas Kuala Lumpyr, Klang Gate dan UIA. Bukit ni pon popular dikalangan photographer, sebab view nyer sangatlah cantik.

ps: nak naik lagi bole tak.



Wednesday, January 5, 2011

Cerita Cuti Part 1

Posted by YamMy at 6:07 AM 1 bebelan korang

oh my, memang dah lame tak update blog. Bukan ape, tak ada idea la nak update ape, bile bukak blog je mesti temenung jauh. Macam fikir mase depan lak, padahal nak tulis blog je pon. Seyes, aku selalu mati kutu bile nak tulis blog ni.. Bukan kutu2 atas kepala ni mati ye, tapi kutu2 kat dalam kepale aku ni yang mati.

Adeh.. Tangan aku da tegagap nak tulis dah ni. Haih. Errmmmmm...

Baiklah, sambil tarik nafas panjang.. aku rase aku nak mulekan dengan perkare2 yang aku buat time cuti sem ritu.

Cerita nya bergini....


Awal minggu pertama aku dah sibuk ngan training. Ade yang tanye, Training ape yang aku buat time cuti2 nih. Sampai sakit2 badan. sampai banyak Cop Mohor atas badan aku ni .. Lebam sane sini. Haih, turun hantaran kawin aku, tapi skang ni da Ok. No Cop Mohor lagi ok.

sape2 yang nak tau training ape yang aku buat, sile teruskan mem
baca ye, sape yang tak nak tau pon kene bace, sebab kamu dah tersinggah kat sini. hehe..

Sebenarnye, aku ade training silat untuk Karnival Wajadiri 1 Malaysia IPT PSSCM kali ke-4 di UPSI. Sape2 yang tak paham lagi, aku masuk pertandingan untuk Karnival kali ni la kirenyer, Ha.. Paham dak? Ha, Kitorang ni wakil negeri Melake tau, dan berjaye
merangkul gangsa dalam kategori 4, Kire ok la tu. Ni first time aku masuk. Tak de pengalaman lagi... Jom la layan gamba2 ni dulu. hehehe.. Korang kan suke tengok
gamba. kan kan kan...


wajah heroin kategori ke-3. Jangan main2 ngan orang dalam gamba ni, die penah belasah 9 orang sekali gus. =p.. hehe. Tabik hormat! nada ala2 dalam kawat gitew..


ni dalam kelas latihan. kalau hujan, maka berlumpurlah baju seakan orang balik dari sawah.. Tapi gwa tak de gamba tu sekarang.


ni la pahlawan2 melake yang baru balik dari 'perang'.. hencem tak kami. lengkap beruniforn dan bertanjak... peaceeee. ha, time ni tak de pingat kat leher lagi. tengok gamba lain pulak ye... hoho..


tengok la muke yang tersenyum girang ni, walaupun gangse, kami tetap puas hati.. yaey!!..


Teringat kate2 seorang sahabat ni, kita kan wakil melaka, bayangkan saje semangat hang tuah dalam diri.. Hoh, semangat habis....


Lepas selesai Karnival ni, kitorang pon balik la.. maka tamat riwayat. eh, bukan.. cerita cuti aku part 1 aku ni. Lepas ni, aku buat ape ek, kite sambung part 2 pulak ye, Adios...
Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez