Thursday, August 25, 2011

Hari Raya bagi budak kecik!

Posted by YamMy at 3:41 PM 1 bebelan korang


Tak sangkakan! Hari Raya beberapa hari je lagi, rasa macam baru seminggu je berpuasa. Kalau status kat fb, masing-masing berlumba buat kuih raya. Raya sakan kot! Aku pulak biasa je, kuih berbalang-balang aku buat ade aku cerita kat korang *ok aku tipu.


Apa-apa pun, hari raya sangatlah bermakna bagi kanak-kanak. Tiap kali raya mesti berlumba-lumba nak kumpul paling banyak duit raya. Masa tu, sapa yang kumpul paling banyak duit raya, dialah RAJA. Raja paling kaya, paling banyak berusaha, paling handsome, paling kacak dan paling cantik, juga bermacam paling lagi.


Masa zaman aku kecik-kecik, rm2 adalah jumlah yang paling besar, macam2 boleh buat dengan duit tu. Kiranya, orang kaya2 je boleh bagi rm2 ni. Paling cikit dan paling dibenci adalah 50 sen. zaman sekarang ade orang nak bagi 50 sen? nan hado! pada kitorang yang masih kecik dan naif tu, sapa yang bagi 50 sen adalah orang yang paling kedekut dan sekali dipandang rendah oleh kitorang (owh, sangat tak patut aku masa tu). Bagi sesiapa yang bagi kitorang lebih dari rm2, mereka akan dipandang tinggi dan kitorang takkan lupe bg tau rakan2 yang lain, supaya rakan2 yang lain boleh serang rumah mereka pulak. hoho. Boleh la sama2 kumpul duit raya banyak banyak *mulia jugak aku ni kan. hee.


Then, lepas pukul 5 baru la kitorang tepacak kat rumah. mak abah akan tanya. "banyak dapt duit raya?". kitorang dengan gembiranya akan ceritakan satu2 persatu rumah yang kitorang pergi, sapa yang bagi paling banyak duit dan sapa bg paling cikit. mak abah pulak layan kan aje perangai kitorang satu persatu. maklumlah adik beradik ramai.


Bila malam menjelma, kami adik beradik ada misi lain untuk diteruskan, yakni ikut mak abah pergi rumah kawan2 dorang yang dok jauh sikit dari rumah kitorang. Masing2 akan ikut sebab suka naik kereta, lagi satu kitorang dah set in mind, kawan2 mak abah mesti orang kaya,. Boleh la dapt banyak duit raya. hehe


Tak lupa juga, bile balik rumah kitorang adik beradik takkan dok saje2. masing2 jadi akauntan, kira duit masing2. sampul duit juga wajib di tulis nama masing2.


ps: tahun ni aku leh dapt duit raya lagi tak? boleh la. plissss



Sunday, August 7, 2011

mata ketam

Posted by YamMy at 11:17 PM 0 bebelan korang

ummi, itu panggilan ibu aku. kali ni aku akan ceritakan sedikit mengenai ummi aku. walaupun hari ini bukan hari ibu. kawan2 ummi aku bagi gelaran 'mata ketam' pada ummi. pertama kali dengar.. eh, mata ketam? comelnya.. >.< tapi sebenarnya gelaran mata ketam tu diberi pada orang yang senang menangis. orang kate cengeng. tah betul ke tak ejaan tu. hee~ tapi aku tak berapa suke perkataan cengeng tu, sebab seolah2 mengejek. hoo... baiklah. disebabkan ummi aku diberi gelaran mata ketam. adakah aku pula anak mata ketam? hmmm.. sebabnya, aku pon senang menangis, aku juga tak gunakana perkataan aku suka menangis ye tuan2 sekalian, sebabnya... aku tak penah suka akan tangisan dan tangisan juga tak pernah sukakan aku, jadi tiada perkataan 'suka' disini.

baiklah, aku dah menyimpang. berbalik pada cerita ummi aku, ummi aku ni mmg senang menangis. sebab tu aku ni tak sampai hati nak lukakan hati dia. tapi, bila tengok die menangis, aku pun akan turut menangis, sebab tu la aku ni dah jadi 'anak mata ketam'. owh, adik perempuan aku semua macam tu. mana tak jatuhnya kuah kalau tak kenasi ye tak. kalau kuah tak tak jatuh kenasi, maknanya ko makan kuah tanpa nasi. erm. bai.
Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez