Friday, July 30, 2010

periuk Api.

Posted by YamMy at 11:03 AM 0 bebelan korang


klas jam 8 kena tggu bas jam 7. huhuhu, dah macam zaman sekolah la pulak. meredah gelap ciap ade lopak air lagi (sebab semlam hujan lebat) dan yang paling busuk sekali.. aku terpijak periuk api. bahasa mudahnya, aku terpijak taik kucing.. adehhh... pagi2 lagi da macam2 hal.


hehe... setelah bersusah payah bangun pagi semata-mata nak tggu bas pergi kampus.. akhirnya habis sudah satu kelas tuk hari ni.


tapi kelas aku tak abis lagi ni, ade lab sebelah petang pulak, rumah sewa ngan kampus sangatlah jauh.. huhu. tu yang lepak kampus sementare tggu klas petang. dan kali ni, aku cari port baik punyer semata-mata nak update blog, ciap download movie lagi. ahahaha.. kalau update kat library cam ari tu... tenetnyer slow macam siput, sebab aku dok kat puncak, tingkat paling ats. kalo dok bawah tu laju la... tapi kalau korang nak tau, kalau masuk library tu rasa macam dah sampai kat kutub utara.. sejuk oooo. hiperbola la pulak.. hehe.


ok2.. masa bermain sudah habis, mau ciapkan assignment pulak. skung ni pun da kurang blogwalking. akibatnyer, nuff aku naik 0.25 sen je minggu ni.. pecah rekod tu.. bangge lak rase (konon je nih, nak menyedapkan hati. heh..).


okeylah adiosss.. sehingga bertemu mggu depan. hehehe.



Thursday, July 29, 2010

Dulu dan sekarng

Posted by YamMy at 10:23 AM 0 bebelan korang


oh, dulu saya selalu menjenguk kamu... sekarang tak lagi..
ok bye..

p/s: ade byk keje nak kene buat. ditambah ngan tak de tenet kat umah.. waaaa..

Friday, July 23, 2010

Serang!!!

Posted by YamMy at 10:16 AM 0 bebelan korang


Roger roger...
saya sekarang berada di perpustakaan...


Perpustakaan?? Macam rajin jek kan, ala-ala ulat buku gitu.. ihihihi.. Padahal tak pon. Datang sini semata-mata nak online... hei2. online ni pon banyak faedahnyer jugak tau.. hehe...


Bukak laptop je, mesti mengendap mengadap blog comel ni.. opsss, comel ke? hehe..


wah2.. follower dah makin meningkat.. baik, saye nak serang blok blog kamu2 sekarang. besedia la ye.. muahahaha...

Tuesday, July 20, 2010

Demam Kuning.

Posted by YamMy at 1:30 PM 2 bebelan korang


Alahai.... aku da tak bole update blog selalu... BW pon tak bole.. demam kuning aku dibuatnya merindui berblogging ni.. huhu

Kat rumah bole la online sebab ade pakcik streamyx. Kat sini jangan nak berangan hokey.. aku daa duduk rumah sewa sem ni.. hehe

Tapi tak pe, kitorang baru je daftar streamyx... lalala

Setelah dihitung, dicongak dan dihisab, ade la dalam 2 atau 3 minggu lagi.. Tu pon kalau tak de pape problem la kan... huhu.. Kalau tak, ade la dalam sebulan.. miahaha.. erk.. perlu ke aku gelak?? haih.

oh ye... Pada sape2 yang polo follow i... saya BERJANJI.. pergh.. macam angkat sumpah pulak. saya akan follow anda balik ye... Sekarang ni pon curi2 masa je nak online... psttt.. aku kat lab ni... hehe.. Lec ade problem ngan pc-pc tu sume... So, ade la masa kejap ni.. hihihi.. jangan bagi tau lec aku tau.. die tak tau ni.. hihi..

Okey lah. Adioss...

Saturday, July 10, 2010

Melaka

Posted by YamMy at 11:52 PM 1 bebelan korang


Da selesai pack barang-barang... Esok pagi berangkat ke Melaka.. bubye Selangor... Melake, sila duduk sana diam-diam ye.. esok saya datang, jangan p mana-mana tau... Rindu saya pada kamu, ecece... Ada ayat geli2 la pulok...


Lepas ni aku akan cuba update jugak la ye walau pon tak selalu... jangan rindukan aku tau.. ciet, macam ade je.. hhuhuuhu.


Al-maklumlah, kat kampus je ade wifi... Kat rumah sewa tak de ye... Aku akan rindu saat berwifi kat rumah ni.. ihihihi..


Okeylah, dah tak ade bende aku nak cite ni... Anyway, bulan ramadhan dah dekat... Dah tak sabo-sabo ni... hehe.





p/s:hari ini seperti mahu membilang sahaja... ^.^

Thursday, July 8, 2010

Aku kedekut..

Posted by YamMy at 10:15 PM 2 bebelan korang


Salam semua...
Adik-adik aku kate, aku ni kedekut. "ala, kedekut la angah ni.. beli aje la, bukan mahal pon"
aku ni, tak de la kedekut mana pon. Cuma beringat aje. Beli barang yang perlu. Jangan lebih2, lain la kalau bapak aku tokey balak.
Nak tau kenapa aku befikiran macam ni??? Sila teruskan bacaan anda ye.


Waktu tu abg aku darjah 3. Aku yang comel ni darjah satu.. Kitorang satu sekolah..

Al-kisahnya...
satu hari aku terlebih belanja. Duit dah habis. Alamak, macam mana nak tambang bas ni?? Tak pe la, along ade.. along mesti ade duit.... Macam biasa kitorang balik sama, aku cakap ngan along aku, duit aku dah habis... Rupa-rupanya along pon nak mintak aku duit sebenarnya... Duit semua dah habis.. huhu..

Akhirnya, aku ngan abg aku jalan kaki balik rumah... tengah2 panas.. jauh pulak tu.. Ade la dalam 3 setengah batu...

Sampai rumah je... terus bukak peti sejuk.. minum air sejuk.. tetibe tefikir.. bagus jugak kalau jadi unta. mengarut tul.

Semenjak tu la aku belajar jimat cermat.. kalau tak, sila jalan kaki balik sekolah ye.



Bile Tercium Bau Makanan... Perghh..

Posted by YamMy at 8:40 PM 0 bebelan korang



Baru aku tau pinokio adik beradik monyet.. sebab hidung mereka sama.. wakaka...





Abah baru je balik rumah masa kitorang tengah syok layan Dendam Orang Minyak. Abah aku tak masuk ag. Bukak pintu pon belom.. Tibe-tibe aku dah bau makanan.. wah2.. Terus aku pandang mak aku dengan mata yang bulat..

"Ummi, bau apa ni??Abah bawak balik makanan kot... bau sedap je ni.." sambil tesengih2.

Mak aku geleng2 kepala je. "Amboi, kalau pasal makanan, tau je ye." hehe..

hei3.. tibe2 aku merasa hebat, Sebab sangkaan aku tepat... riak la pulak.. sila abaikan ye..=_=".


Asyik-asyik bola.

Posted by YamMy at 1:19 PM 0 bebelan korang





huhu.. hari-hari bole bola... adik aku kecoh sepanyol menang.. Dalam rumah aku ni, aku ngan mak aku je tak layan bola. bapak aku, abg aku, adik2 aku sume layan bola. Aku sorang je ikot mak aku, tak pe ummi.. Angah temankan ummi ea. Huhu..



Aku ada jugak la cube2 untuk minat, konon2 je. ye r, kitorang suare2 minoriti ok, tak bole nak tukar channel pon. ala.. tak pe la, bukan slalu pon. bg chan je. hehehe.



Tapi time gol je, aku pon tibe2 excited.. YEAHH... GOLLL!!! Sokong yang menang je.. hehe..



Bile dorang dok kutuk2 pemain bola tu, aku pon dok kutuk2 gak.. padehal td mate aku kat tempat lain. ihihihi.. sajew je...



Layan aje la labuuu..



Wednesday, July 7, 2010

yang pelik-pelik

Posted by YamMy at 10:42 PM 1 bebelan korang







cube pandang salah satu ayat dalam gamba tu, korang akan rasa bulatan tu berpusing.. saya kata pandang je ea. tak suruh fahamkan ayat tu. hoho...




Bile adanya orang-orang pelik maka perkara pelik akan berlaku membuatkan kita berasa pelik akan kejadian yang maha pelik lalu mata kita pon pejam celik pejam celik manampakkan kita nampak pelik oleh orang-orang pelik. =_=" |aku pon da tak faham.. abaikan ye.




sile layan cerita di bawah untuk menilai sama ada ianya pelik.. kalau tak pelik bermakna anda seorang yang pelik...







Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

=====================================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma untuk rumah
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

=====================================

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada
teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu
gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang
selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

======================================
Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

======================================
Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

========================================
Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah
encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak
pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

========================================
Cerita 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : "Selamat pagi tuan"
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

=========================================
Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia bertanya:

"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke
saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu" jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf,
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

=========================================
Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang
menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin
sedang menangis teresak-esak. Dia segera
mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

=========================================
Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawab
atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan
atok duduk dalam tong merah tu?"

========================================
Cerita 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga
lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat
berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"

Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding,
apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula
khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir."

Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun
tersenyum?"

Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya!"




psstt.. aku tak rase cerita ni pelik pon. hihi. sajew je buat statement yang mengarut kat ats tu. hihihi.. jgn mara ea. t cepat mengantuk.. erk... ^_^'

Bang... Cili padi seringgit.

Posted by YamMy at 12:44 AM 3 bebelan korang




Cite ni dah lame da. Setahun kot. tapi bila teringat balik, aku senyum kura-kura kambing sorang2. Mana taknyer, mak aku pon dok gelak-gelakkan aku masa kejadian ni berlaku. huhu.. sampai ati. Korang yang baca jangan gelakkan aku tau.. janji ea.. hehe.. kalau nak gelak pon.. sila la.. sila.. sila..

al-kisahnya...

mak ngan aku dalam perjalanan pulang dari beli roti canai.. Kitorang naik moto. Aku jadi pembonceng je.. Lepas tu mak aku baru teringat tak ade cili padi kat umah. nak masak lemak cili api tengah hari nanti. Kitorang pon berenti di sebuah kedai.






"Angah, beli cili padi seringgit ea.."

"ok" sambil aku turun dari moto.

Kat kedai tu ada la si teruna.

"Bang, cili padi seringgit.."

*bunyi cengkerik*.. sahutan aku tak berbalas. tak dengar kot...

"Bang, cili padi seringgit" kuat sikit dari tadi..

owh, si teruna bertindak balas.. Dia pandang aku la...

Nak tau apa jawapan dia hingga membuatkan aku kecewa??

"Dik, abg bukan kerja kat sini..." sambil tersengih-sengih.

aku.. "ooo.. ye ke." rasa nak blah time tu jugak... ok, control2.. jangan gelabah.





pergh, malu beb.. dah la si teruna tu boleh tahan kacaknyer.. sila abaikan kegatalan aku ni ye. time tu jugak la pekerja kedai tu kluar. Adoi, kalau ko muncul awal2 tak de la aku malu cam gini.. huhh. aku beli cili pastu belah.. Dalam perjalanan, aku ngan mak aku tekekeh-kekeh gelak. Sampai nak masuk umah pon gelak. Tak campur mak aku cite kat adik2 aku ag. lagi la haru biru.. huhu. Sampai sekarang, bila kau tengok kedai tu aku tesenyum sorang2.. hehe..





pada yang berkenaan, sila la dengar bebelan2 ni ye. hehe..

Tuesday, July 6, 2010

DILEMA WANITA HARI INI

Posted by YamMy at 10:23 PM 0 bebelan korang





Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…


Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Monday, July 5, 2010

Bluweeekkk!!! Kenapa dengan aku ni??

Posted by YamMy at 9:58 PM 4 bebelan korang





Korang nak tau nape ngan aku??
Ceritanya bergini... ngan nada sedih.



Di pagi yang dingin.. aku bangun dengan malasnya.

Kalau bukan kerana 'anak' aku menjerit, memang sah aku tak bangun. Lepas off sound 'anak' aku tu, baru la aku pergi bilik air.


Lepas capai tuala, aku terus ke bilik air...


Aku capai apa yang patut, aku mulakan tugas pertama aku. Iaitu memberus lantai gigi sampai bersih.


Masa tu lah sesuatu yang tak di duga berlaku..


omaigod!!!..


kenapa ini terjadi??
Salah siapakah ini??
Aku memuntahkan segala isi yang ada di dalam mulutku..


Bluekkkk.. fuh, lega sikit...


















lorrrr... Kenapa aku berus gigi guna pencuci muka.. patutla pahit semacam je... huhh.. Padan muka aku.. hehh. lain kali bukak mata tu luas2 ye.

heheheehehehehe...

Hari hari mau..

Posted by YamMy at 9:01 PM 1 bebelan korang



Ape la tajuk entri aku ni kan.. hari hari mau apa ha?

kenal harimau tak? penah tengok tak? pernah kena gigit tak? pernah kena makan tak? tapi aku rase korang tak penah jumpa lagi harimau spesis cam gini. Sebab..... harimau ni ade satu dalam dunia.. boleh becakap.. boleh menyanyi.. buat kerja... haaa...





ade jugak la kemachoan harimau kat sini....






tapi ini... aku tak tau nak cakap ape... ini adalah akibat daripada obsesnya manusia terhadap harimau... dia percaya dirinya adalah sebahagian daripada harimau... dia sanggup buat apa sahaja demi menjadikannya mirip seperti haiwan yang dipujanya itu.. hoho.. dasat2..



ngeri pulak aku nengok.. bukan sebab takut ye anak2.. sebab, setiap perubahan yang dia buat pada diri die amatlah menyakitkan... ouchhh.. tak rela nnyahhh...









cam ne la rupa asal die ek??

Saturday, July 3, 2010

Dunia Sekarang!!!

Posted by YamMy at 10:07 PM 7 bebelan korang

Dunia sekarang...


Setiap hari ada sahaja kes

tak kurang pula kes

mereka berani

mana pergi perasaan


manusia semakin kejam!!!...

mahu mengganas!!!

Posted by YamMy at 7:40 PM 0 bebelan korang





hoho... mahu mengganas di sini!!!!.. ahahahaha

hari ni tak dapat nak update blog. baru sekarang ade mase...

waaaa.. rase cam dah sebulan tak update.

aishh.. ni kes parah bedarah ni.. kene masuk icu cepat...



al-kisahnya... my big bro balik rumah semalam (dah lama dia tak balik, sob2). so, kami luangkan la masa sama2..

borak macam2, dari cite hantu sampaila kes tak puas hati ngan housemate2 dia tu.

al-kisahnya... keluar duit tak nak, tolong masak tak nak, basuh pinggan tak mau... makan nak la.

so, ada la sikit tak puas hati kat situ. hoho.






nota buku lali: kalau aku jadi abg aku, aku pon tak puas hati oOooOoo...


Friday, July 2, 2010

harga promosi!!! mari2

Posted by YamMy at 9:25 AM 1 bebelan korang


hei2, sapa tak da topi keledar boleh tempah kat kami...

ktorang ade buat special offer kat sini...

tak mahal pun.. murah je.. harga promosi.

boleh tengok contoh kat cini..

sapa2 yang pakai, boleh jadi comel... betui ni.

yang hodoh pun still boleh jadi comel...

tak tipu punye.

tak caya gak?? haihhh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
comel tak?? comel kan...

Thursday, July 1, 2010

Tupperware BrandD!!

Posted by YamMy at 10:10 PM 2 bebelan korang




Mai2.. mai tengok sini.. kat sini ade tupperware brand ibu dini.. klas gitu u all... Para ibu2, gadis2..encik2 pon boleh la. jom masuk contest ni, boleh simpan lauk pauk.. bawak pergi bekelah ke.. sume boleh.. hehe. Lagi ramai lagi meriah.. tak gitu?? tarikh tutup 31 Julai 2010.



Slogan saya nak menang hadiah set ramadan kerana.....(tidak melebihi 20 perkataan)

Saya nak menang hadiah set ramaadan kerana saya merupakan seorang pelajar yang tinggal di rumah sewa, kelengkapan rumah yang tidak lengkap membuatkan saya ingin memenangi hadiah tersebut.

aku letak sini tadi!!!

Posted by YamMy at 9:47 PM 1 bebelan korang

See full size image


Arghhh.. mana la pulak barang ni.. aku letak sini tadi. sini ha!!!!

pernah tak korang marah diri sendiri macam ni?? Aku selalu.... tapi tak la selalu sangat. kang orang kata masuk air a.k.a sewel. kuang3.

Selalu menda ni bile time ghairah... haaa... bukan ghairah tu ye.. otak kuning la korang ni.. time ghairah nak study... Cari pen merata-rata. mula la angkat buku. angkat ketiak lap top. huhhh.. padahal ade kat kepala, selalu selit2 kat rambut . tak pun kat tangan, macam mana boleh tak perasan aku pon tak tau.. haih..

Yang paling aku tak faham, tak mo pen yang lain... nak yang 'hilang' tu jugak.

Bila kena marah

Posted by YamMy at 9:11 PM 0 bebelan korang


Ni zaman mude2 yammy dulu la... Selalu jugak kena pukul. hihi... Bila fikir balik nak tegelak pon ade. Selalu kena marah bila menipu, tak nak belajar, degil, kacau adik.. miahahaha. Betapa comelnya samsingnya masa yammy kecik2. tak sangka bile da besa jadi comel.. erk.. ok, jangan percaya.

Masa kena marah dulu, perkataan yang selalu kelaur dari mulut. "ampun ummi, ampun..... angah janji tak buat lagi..." sambil menangis2. sampai tekeluar air hidung tau. Esok2 buat balik... hihi.

Kalau kena rotan tu, ummi selalu capai benda paling dekat.. haaaa.. makan terjadilah kes sorok rotan. kerja si comel yammy ni la.. kuang3. opsss. ummi sila jangan baca entri ni ye.. lalala~

Ape2 pon terima kasih ummi n abah, rotan tu bukan mendera. Tapi mendidik anakmu menjadi manusia. LOVE U..

AWARD dari M-i-e-R..

Posted by YamMy at 8:53 PM 0 bebelan korang


Saya datang lagi.. lalala~
kene tag ngan mier comel. hehe...

ade 2 ni.. dua-dua datang dari mier comel.. hihi... padan muke, suke sangat bertangguh. adik2 jangan ikut perangai saya ye... hihi.





1. Suka melukis tak?
~suka.....


2. Bosan, bosan suka buat apa?
~blogging.. tak pon blogjogging. bepoluh-poluh den.. yoyo je. hehe


3. Cute tak orang yang bagi award ni?
~mesti la.. kan mier kan..

4. 5 orang penerima award dan tag seterusnya :
macam biasa kat chat box. yuhhuu.




AWARD seterusnya...

1# bagaimanakah anda menjadikan blog anda sebagai medan dakwah?
menulis benda2 baik tu kan dikira sebagai berdakwah... takmo kutuk2 orang. tak baik tau...


2#sumbangan selama anda menjadi blogger?
sumbangan ea... kalau buat tutorial tu dikira sumbangan ke??
ape da budak ni. soalan di jawab dengan soalan.. haih. hehe

3#apa yang anda dapat sepanjang jadi blogger.
banyak ooo.. patutnya saya mula awal lagi dari ni. adeh..


4#blog yang macam mne anda suke stalk? (pada pandangan anda)
blog yang buat saya berfikir dan tersenyum.

hik3,yg di atas sumer mier xder,mmg blog mier plg mmbosankn.huhu
t saya terjah macam dalam melodi tu boleh tak.. lalala~





Macam2 AWARD.. hehe

Posted by YamMy at 7:43 PM 0 bebelan korang


EHEHE.. jangan mara ye. saya mau gelak besa2 kat sini. da betimbun AWARD baru nak buat.

Jangan mara ea. Asalkan saya buat.. boleh kann.. alaaa.. boleh la ea. hehe.


OK. saya buat satu2.

AWARD ni dari ika puk puk.
ha? nak bekenalan ngan dia. Boleh aje. huhu...
anyway, mekasih ye ika. lalala~




1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
nak buat entry apa lepas ni...

2. Apakah nama samaran anda ?
yam

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
ummi, abah, budak bucuk.

4. Panggilan untuk si dia ?
no komen. lol

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
kasih sayang....

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
blog yang boleh buat saya berfikir dan tersenyum.

7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?

mak ai.. ramainya.. t saya bagi tau dorang je la ea. hihi.





AWARD kedua dari meIssaya.
mekacih ye akak comei.


1. anda mesti memuji si pemberi award.
Kak ati macam superwomen tau. suka bantu orang bile susah.. kan akak kan...

2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
saya tag bile ade mase, ok tak. ngeee~

3.anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
baik.

4.bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.
saya hebatkah?? tidak. agagaga.


AWARD ke 3 dari mbs the great..
banyak2 time kasih ooo.. hehe.




1) Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama itu?


Semalam, Hari Ini Dan Esok. Sebab da lupe, bole tak cam tu.. hehe.

2) Jelaskan kenapa, bagaimana anda boleh dapat idea nak letak URL blog anda?


http://sebuahcatitan.blogspot.com
pun da lupe jugak.. jangan mara aaa... hehe


3) Bila blog anda mula beroperasi?

mei 2010. mude lagi.. begetah oooo..

4) siapa follower pertama anda?


akak meissaya.. hehe

5) Ucapan anda kepada si pemberi award


maseh... comel ke blog ni??? ihhihihi..

6) Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ini ..

erk...

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez