Tuesday, September 28, 2010

Mee Bandung

Posted by YamMy at 11:53 PM 1 bebelan korang


Fuh... time aku dok fikir nak masak ape rini. Tibe2 ade orang yang baik hati bg mee bandung kat saya... Wah, time tu terus terima je la. Sedap oooo.. Bile la aku leh buat mee bandung macam tu. Huhu. Boleh la bg orang yang tesayang makan. hikhik. tetibe jadi gedik.. hehehe <--kalau kak dewi bace ayat2 saye ni, sila abaikan yep


Mee mengandung tu selamat dalam perut aku. Maseh ye akak comel, macam tau je saya tengah lapa. Meh nak kasi hadiah>>MUAHHXX.
Posted by YamMy at 8:42 PM 1 bebelan korang


Lawak seyh....


Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook

Posted by YamMy at 6:13 AM 0 bebelan korang




Cian si Ryan Homsley nih. dah la perlukan duit untuk ubati penyakit diabetis die tu.
Lepastu kena tangkap sebab rompak bank pulak. Nih gara2 die dah mengaku sebangai bank robber..
Ryan ni terlalu bijak atau terlalu cerdik??...
Aku rase due2 bukan.. hehehe

Monday, September 27, 2010

Ummi

Posted by YamMy at 11:10 PM 0 bebelan korang


Tetibe rindu ngan ummi.. Nak tepon esok la..

Friday, September 24, 2010

Tatu Lidah.

Posted by YamMy at 6:25 PM 2 bebelan korang


Dalam tangan aku gatal mengklik-klik, aku pun terjumpelah ngan gambo ni.. huh. gamba ni memang buat aku panas. Bukan panas badan. tapi, darah aku yang penas. nasib baik tak menggelegak aje. huhh. Pelopornya pulak si mata biru.. Ape nak jadi la.


ish.. tolong la... dah tak de tempat lain ke nak buat tatu nih.. huh..Agak2 korang cam ne lah diorang nih makan?? maksud aku time tatu ni baru lagi. msti sakit kan.. memang padan la muke, dah korang yang nak kan..

tapi tatu kat lidah ni tak popular lagi la.. tak lame lagi ramai la yang ade tatu kat lidah... Aku yakin, diakhir zaman ni mst ramai anak mude yang sangat tipis imannya mudah terikut ngan pengaruh barat nih. nauzubillah.. mintak dijauhkan... Keje2 yang tak elok macam ni mmg ramai pengikutnya. huhhh..

Bila Ibu Bapa Menjadi Khinzir.

Posted by YamMy at 12:02 PM 0 bebelan korang

Walau Ibu Bapa Menjadi Khinzir?????
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
Setelah itu khinzir itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar.
khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.




Thursday, September 23, 2010

oh~

Posted by YamMy at 5:10 PM 0 bebelan korang


hei2. korang nak tau tak. interview aku tak jadi.. yeahhaaaa. ditunda minggu depan. huhuhu... hmm...nih rahmat ke nikmat. tp kalau mggu depan ade test, kan dah menyusahkan aku tu. heee~

dan semalam, aku dapat mengadap sahabat yang paling aku kasihi.. wah. makin tembam la die ni -aku bile lagi??- kawan die pon ramai yang tegur.. tehehehe, sempat lagi die kenakan aku.. aku ni makin kering.. owh, tidak!!... budak ni mesti makan banyak time raye.. makin bulatt aku nengok. bulat pon bulat lah. ahaks... kalau pasal makan, pergh.. mesti licin je. aku pulak yang kenyang tgk die. huhu...

dan semalam jugak.. aku baru memulakan langkah pertama aku untuk buat bengkel.. yeay... tp baru login je.. tu pon tak jadi.. ahaksss... tapi tak pe lakan... at least ade la coding yang aku taip.

owh ye, open house banyak lagi. tak menang tangan nih... sume tempat nak pergi, tapi terpaksa dok rumah.. psstt.. driver balik kampung. uhuk..

Wednesday, September 22, 2010

Interview

Posted by YamMy at 5:10 PM 0 bebelan korang




Adoi... Esok ada interview. Dalam BI lak tu. Bebelit la lidah aku esok... My name is bla2.. ape la yang aku nak menipu ni. ehehe.. kalau dapat jawab ok la. Lepas tu jantung mesti macam nak keluar je kan.. uhuhu. mengalahkan orang nak becinta la pulak. Then perut pulak dah macam ade taufan.. bergelora je. aku yakin benda2 ni akan berlaku esok. ape-ape pun, jangan la benda2 ni sume membantutkan lidah dan akal aku esok. wish me luck ye kengkawan.

Malasnyer.

Posted by YamMy at 10:41 AM 0 bebelan korang




Bile penyakit malas datang, habis semua kerja terbengkalai... Aduhai la malas.. Sile main jauh2 ye. Diri ini perlu menyiapkan banyak benda.. Syuh2... Jangan dekati aku lagi. Doktor mana perlu ku ketemu. Ubat apa perlu ku ambil... Kalaulah itu semua boleh ubati penyakit ini. Haih...

Oh... Melaka semakin panas!!!

Posted by YamMy at 12:30 AM 0 bebelan korang




Dah dua tiga hari ni, kalau tidur kat rumah sewa kat Melaka ni mesti tak lena. Bukan aku sorang je tau, kawan2 aku pon sama. Kipas bukan main laju.. Dah macam helikopter aku tengok. Tapi langsung tak rasa angin. Masih rasa bahang. Huh, panas beb! mandi pon tak rasa sejuk... hohoho... Ni yang aku terasa rindu ngan rumah aku. Air punyerla sejuk, cam air sungai... BRRRRRR. Pas mandi terus segar tu... Tak caye?? Meh la datang rumah aku... Aku buat Close House.. eekekeke.. Gurau je.

Tuesday, September 21, 2010

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Posted by YamMy at 11:58 AM 0 bebelan korang


Kereta tertusuk penghadang jalan



GAMBAR kereta Andy Dangerfield yang tertusuk penghadang logam.


BILLINGS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu, Andy Dangerfield, 21, yang sedang mengantuk nyaris maut terkena tusukan logam penghadang jalan yang menembusi keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan balik dari rumahnya di Washington ke kolej pengajiannya di Idaho sebelum kereta Chevy Suburban yang dipandunya terbabas di bahu sebuah lebuh raya di Montana.


GAMBAR menunjukkan penghadang logam menembusi cermin belakang kereta.


Peronda Lebuh Raya Montana, Sarjan Jason Hildenstab berkata, dia belum pernah lagi melihat nahas itu apabila pemandunya terselamat daripada maut walaupun keretanya ditusuk logam sepanjang 27 meter.

Penghadang itu menembusi lampu kanan sebelum memasuki bahagian enjin, kerusi penumpang dan cermin tingkap belakang. - Agensi




::BERHATI-HATI DI JALAN RAYA::

Ha.. Jangan la korang hati-hati masa nak balik raya je ea...

Monday, September 20, 2010

Fahrin Ahmad di Mekah

Posted by YamMy at 9:44 PM 0 bebelan korang

Aku nak kongsi gambar2 ni ngan u olls... hehehe...

Gambar2 si kacak Fahrin Ahmad kat Mekah..

Ade yang kate sejuk mate memandang..

Ape2 pun.. Layanzzz..



Posted by YamMy at 1:59 PM 0 bebelan korang

Ohohoho... Roger2.. aku kat Melaka dah ni... Baru semalam sampai sampai. suke ke tasuke?? haha.

Banyak mende yang merindui aku. Tapi aku?? oh tidak!!!

Yang merindui aku:
>>Projek bengkel yang aku tak mule kan lagi.
>>Mid Term
>>Assignment kuase due.
>>bla bla bla...

Melaka oh Melaka... besejarah betulla. tata

Wednesday, September 8, 2010

10 LALUAN....

Posted by YamMy at 9:24 AM 0 bebelan korang


10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala

* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala

* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

Saturday, September 4, 2010

KITA YANG SEBENARNYA..

Posted by YamMy at 4:47 AM 0 bebelan korang



Kita yang Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???
Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez