online counter

Friday, December 10, 2010

tiap2 malam ade training.

Posted by YamMy at 2:36 PM 1 bebelan korang


tiap2 malam ade training. sampai terpakse korbankan 'perjumpaan' saye yang satu itu. huhu..

dan mlm tadi first time training kat UTeM..

baju sangat lah kotor, sebab pagi semalam hujan. Owh ye, bukti baju kotor tu ade kat kak dewi, tak amik lagi. hoho.

habis belumpur baju dibuatnya. bak kate abg malik. "Korang ni g sawah ke ape. haha..". serius wa cakp sama lu, belumpur habis. tak bawak baju spare lak tu. haih.

lepas tu terpaksa lapik Iman dengan kotak dan plastik. punyer la darurat. takut Iman kotor..

then dok macam patung. sbb takut telanggar mane2 bahagian badan Iman. takut Iman kotor lagi. Bulan ni saye banyak kali mengotorkan Iman. huhu..


ps: Iman di dalam cerita ini adalah sebuah kereta MyVi ye. he

Monday, November 29, 2010

nasib tinggal di rumah pangsa.

Posted by YamMy at 10:09 AM 3 bebelan korang


kalau dah nama tinggal kat rumah pangsa. orang dok mengumpt kuat2 kat atas pon kita boleh dengar, budak lari2 kat atas pon dengar jugak. budak nangis pon boleh dengar. budak gaduh pon boleh dengar. jiran atas ketuk lesung batu pon boleh dengar. tak cukup dengan tu, orang bawah karok pon boleh dengar, pasang music kuat2 pon boleh dengar.

sib baik la ni rumah sewa ja. huhu.. dan nasib baik jugak sebb jiran2 aku ni tak brape bising mase aku nak periksa ritu.

owh ye, baru aku perasan, sekarang kan time cuti sekolah , ramai la pulak budak2 kat atas nihh.. makin bising jadinyer. huhuhuhu...


p/s: teringin pulak nak buat bising, kasi orang atas n bawah dengar. hehehehe

Saturday, November 27, 2010

aktiviti bersama ex-housemate

Posted by YamMy at 6:47 PM 1 bebelan korang


hoho.. ritu dok meronggeng ngan ex housemate, then stay rumah dorang 1 malm. huhu.. rindu ngan depa nih. bnyk gak aktiviti kitorang.

1. g mandi laut
2. cari remis. aku rase aku paling exited. sampai tetonggeng carik remis tu. sesape nak cari remis, ajk aku ye. aku nak ikot. hehehe
3. bace komik fiqa- dia neh pengumpul komik tahap dewa. hihi
4. bbq kat patai puteri
5. tangkap ank ikan. dapat sekor je pon. hehe
6. tgk cite rapunzel. bezzzzzzz OOooooO. aku ciap promote cite tu kat akk dewi lagi. hehe
7. makan remiss yang dimasak oleh fiqa. smpai menjilat jari tuh.

tapi aku dalam mood malas nak upload gambo. ta aku download ye.

Saturday, November 20, 2010

air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam

Posted by YamMy at 8:40 PM 1 bebelan korang

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.


" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.


Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.


Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"

jutaria... aku kaya!

Posted by YamMy at 6:38 PM 1 bebelan korang


yaey!! aku kembali ke melaka. haih.. maleh senanyer nak balik melake nih.
dok rumah mmg bez, sampai tak study aku dibuatnyer. asik main jek. hehe.
paling tak tahan main jutaria.. alaaaa.. mainan nih..



adeh.. sakit perut aku gelak main mainan nih..

1. adik aku umo 9 tahun bace 100 sebagai 1000... kaye aku. hehee
2. mak aku bagi 5000, sebenarnyer die nak bg 500.. kaye lagi. hua3
3. adik aku merajuk sebab aku beli geran yang die nak beli. sampai nangis tuuu.. ahahaha


bile balik t akku nak main lagi... kecoh la budak2 ni

Tuesday, November 16, 2010

esok balik time raye. hehe.

Posted by YamMy at 5:40 PM 2 bebelan korang


setelah agak lame badan ni dimanja-manjakan. Akhirnya tiba lah masanya... aku telibat dalam demo, homaigod, betul ke ni. ahahaha... tu sebab la sengal2 badan ni. dah lame tak training, sekali masuk gelanggang, hah. padan muke aku. ahahaha...

doakan aku selamat ye dalam demo tu, ceh.. macam nak pergi beperang pulak. hehe...

owh ye, aku balik gombak esok besamaan 16hb... orang raye, aku baru nak balik. haih... apedaaa..

reason aku nak balik esok:

1. badan sengal2 seyh, malas nak gerak. adeyhh..
2.baju busuk hasil training semalam tak basuh lagi, betanah bagai baju tu. haih... tapi sebenarnya boleh je aku bwk balik gombak baju tu. tapi nak bwk balik beg laptop je esok. hehe. aku tau bile datang melaka ni balik, aku akan pikul 2x ganda barang... buah tangan la katekan. raye2 lak tu, mesti byk makanan. ahaha.
3.rancang nak balik gombak rini. tapi bgun lambat. ngee~
4.tak de reason dah, sian kat korang kene bace.
5.aku saje taip lagi nk cukupkan syarat. ahaha


sekain batik. tata

SUKEEEE!!!

Posted by YamMy at 3:33 PM 2 bebelan korang


sekejap sangat jumpe. takpe, da puas hati... hihi...

dia: "nah untuk awk"

tetibe rase gembira sangat2. SUKEEEE!!!




pstt: tak berenti senyum dari td. heee~

Monday, November 15, 2010

Posted by YamMy at 7:11 PM 0 bebelan korang


tebayangkan rumah kat gombak memang syiok. tp rase macam malas je nak tinggalkan negeri melaka ni. apetah lagi membayangkan cuti yang sagt sekejap tu. lagi rase macam berat punggung je. heh... nak naik turun bas ni la yang membuatkan aku tak semangat nak balik... kejap rase nak balik, kejap lagi rase malas nak balik. mane satu niiiihhhhhhhhhh.
tapi bukan selalu dpat jumpe family kan. agak lame jugak la aku tak balik sebenarnyer... semenjak cuti raye aidilfitri ritu. sepatutnya orang yang rumah dekat macam ni la selalu balik rumah. ni kawan aku yang dok perak tu lagi kerap balik dr ak ni haaa. adei..



care2 menghilangkan tensionnnn
.
.
.
.
.
.
.
.

ABC ngan nasi ayam satu!!!






hati maseh berbelah bahagi.. *sigh, sebab tak dapt ABC ngan nasi ayam lagi. heh.

maafkan saya

Posted by YamMy at 4:53 PM 0 bebelan korang


huhu. minggu ni mood kurang baik. sangat kurang baik. haih .betambah dengan paper yang tak berapa nak baik.
maka, orang yang tedekat la terkena tempiasnya.
pantang salah sikit, mule la nak mengada2. heh.. menci tau.



maafkan saye yep..


Wednesday, November 10, 2010

asik pekse je. @_@

Posted by YamMy at 8:49 AM 0 bebelan korang


malam td pekse, petang ni pekse lagi.. pagi esok pon ade pekse jugak. huaaaaaa. nak balik.. mmg sebijik aku macam ni. haihhh.. nak balik umah...

Tuesday, November 9, 2010

final paper ke 2

Posted by YamMy at 5:21 PM 0 bebelan korang


malam ni paper kedua untuk final exam sem ni. mintak2 sumua tips yang prof bagi masuk la. fuh, sampai ngantok aku bace nota-nota ni, baru tido 1/2 jam. orang tu ckp "ai, lamenyer tido.." huhu.. tak baik tau.

tata. aku nak bace nota balik. (@_@)

saya ada nokia baru. jangan jeles..

Posted by YamMy at 11:22 AM 0 bebelan korang
Saya ada nokia baru..

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ahli stunt amateur






Masa ke tandas cuba la Google ini
.
.
.
.
.
.
.

.
.
..
.
.
.

Monday, November 8, 2010

Pasu bunga berhantu..

Posted by YamMy at 9:12 PM 1 bebelan korang




korang nmpak tak pasu2 bunga berhantu kat atas ni? heh.. macam2 rupe ade.. tapi tak la berhantu pon. kuang3.. tapi, nasib baik tak de kat rumah aku. kalau tak awl2 lagi pasu bunga ni da selamat masuk dalam sungai. hoho... aku tak la takut sangat. cuma ngeri je ngan wajah2 pasu bunga nih. nak2 kalau aku balik malam2... aku bagi salam kang, die lak yang jawab. X mo la jang... apetah lagi ramai yang penakut kat rumah aku tu..

hey, aku ade lagi satu cite ni. sape nak dengar sile ambil tempat masing2 ye... kat rumah aku dulu ade banyak pasu bunga. sampai mak aku tak taw nak tanam ape dah. alih2 pasu bunga tu hilang jek... hei, mak aku pon mengamuk la.. tapi sampai la ni tak tau sape yang amik. di saat itu, mak aku berikrar akan jejak sapa2 yang ambil barang milik kitorang... hoho. sangat ganaz lah... ha, tu la... sarang tembuan jangan diusik.. sape tak marah kalau barang kene curik.. kan3...

hokey la, aku nak sambung study dulu.. sok ade paper lagi, tadi baru abis satu paper. chaiyokkk..

Sunday, November 7, 2010

Survey Golongan y boleh baca 1000 Muka Surat Dalam Masa Singkat

Posted by YamMy at 7:39 PM 1 bebelan korang

Satu survey telah dijalankan untuk menentukan golongan yg
boleh membaca 1000 muke surat yg penuh dengan fakta dlm mase plg singkat.

Keputusannye adelah:

Writer: 6 bulan
Doctors: 2 bulan
Lawyer: 1 bulan
Student yg ade exam esok: 1 malam

Rambut menawan.. ye ke??

Posted by YamMy at 11:37 AM 1 bebelan korang


no komen.. sebab tak paham. hehehe..


heh.. yang ni mesti sempena olimpik.


amoi tu pon gelak kan die. nak gelakkan die jugak ke. cian la pulak....


ni mesti nak menyamar jadi harimau. aummmm..


rambut ni ilham dari tikar mengkuang ke. konpius la. heh..


haaa. ade tak persamaan antara rambut minah ni ngan patung tu...
sile ckp ade yer.hoho


sape2 yang rase kurang ketinggian, boleh la cube rambut ni untuk menambah ketinggian. hoho~

Saturday, November 6, 2010

Jom download movie.

Posted by YamMy at 11:13 AM 0 bebelan korang



jom download movie, ngeh3.... dulu pon aku tak tau nak download movie, tapi skarg ni da pndai. pandaisikit2 jek. ade byk blog yang membolehkan kite download movie. Tapi aku suke pergi sini.. www.syok.org .kadang2 tu aku gune torrent download. Tp biasenyer aku download cite kat syok ni jer. sebabnyer, size movie die kecik. cepat sikit nak download, tp korang kena daftar dulu la sebelom nak download cite dalam tu. jangan risau tak kene bayar pon. ngeh3. tp sape2 yang nk menyumbang, dialu-alukan la ye. kite ni slalu nak bende free kan.. hoooo~

cam ni ghupenyer kalau korang da sign in..

Sifat Bidadari

Posted by YamMy at 9:33 AM 0 bebelan korang



1. Sebagai Isteri yang Suci

2. Kepala dan Kerudung yang Dikena kannya

3. Wajahnya Putih dan Cantik Jelita

4. Sangat Indah Rupawan

5. Keindahan Matanya

6. Pandangannya Pendek (Tidak Liar)

7. Keindahan Hidung dan Kelembutannya

8. Pipinya Mulus, Bersih dan Ranum Kemerah-merahan

9. Mulutnya Manis dan Senyumnya Meman car kan Cahaya

10. Nyanyiannya

11. Suaranya Paling Merdu

12. Kekal Abadi

13. Selalu Berada dalam Keamanan dan Ketenangan

14. Selalu dalam Kesenangan

15. Selalu Rela dan Cinta

16. Senantiasa Menetap dan Mendampingi

17. Dipingit (Tidak Kemana-mana)

18. Berada dalam Tenda-Tenda

19. Selalu Memuji lagi Menyambut

20. Rambutnya Hitam Legam dengan Aro manya yang Harum Semerbak

21. Lehernya Halus dan Panjang

22. Pinggangnya Indah

23. Perutnya Indah

24. Hatinya Menjadi Cermin bagi Suaminya

25. Pergelangan Tangan, Tapak Tangan dan Cincinnya Sangat lembut

26. Disucikan

27. Mereka Adalah Perawan

28. Tidak Membosankan Suami dan Selalu Memuaskan

29. Betisnya Bening, Tumitnya Putih Mulus

30. Aroma dan Perhiasannya

31. Wanita yang Baik

32. Cerah Memancarkan Cahaya

33. Kedudukannya Tinggi

34. Berlimpah Kecintaan

35. Sebaya dan Sama

36. Benar-Benar Suci, dan sebelum nya tidak pernah Disentuh oleh Manusia maupun Jin

37. Luput (Terbebas) dari Akhlak Tercela

38. Diciptakan oleh Dzat Yang Maha Bijaksana Secara Langsung

Friday, November 5, 2010

10 kejadian menarik berlaku di facebook.

Posted by YamMy at 9:45 PM 1 bebelan korang

Hei, sape yang tak de facebook. Sile angkat jari kaki tinggi2. hehehe.. kalo tak tgk faceboook dalam satu hari tu, mesti rase tak sedap bdan... rase nak demam pon ade. ngeh3..

Berikut pula ialah portal kesayangan korang ini telah menghasilkan beberapa kejadian yang sukar dipercayai tetapi benar-benar terjadi dalam kehidupan yang diakibatkan oleh Facebook!

1. Sebuah gambar keluarga yang mana gambar mereka di Facebook telah dicuri dan digunakan sebagai iklan di Republik Chez. ceh, nak kene saman nih.. hoho~


2. Seorang wanita mengalami tekanan kerana banyak gambarnya di pantai telah diupload ke Facebook.. malu sehhhh~


3. Pengantin lelaki sempat update status Facebook semasa hari perkahwinannyer- kalo aku la, tinggalkan je teurs. huh!


4. Seorang suami telah diceraikan isterinya di Facebook.. ikut sukati depa je kan..


5. Remaja di Amerika yang terselamat kerana tidak dijatuhkan hukuman mahkamah kerana tuduhan menyerang terdapat bukti dia online di Facebook semasa kejadian...ngeh3, betol die yang online waktu tu?ntah2 orang lain.


6. Seorang kanak-kanak akhirnya ditemui keluarganya setelah 22 tahun diculik dengan bantuan dari Facebook. mak aih.. 22 tahun tu.


7. Seorang remaja telah menulis status “Jika saya mendapatkan 1,000,000 saya akan meletakkan 150 Pokemon tato di punggung saya!” malangnya, dia terus menyembunyikan diri setelah gagal memenuhi janjinya. Tak pasti 1,000,000 apa


8. Pasangan berbahagia yang menikah setelah bertemu melalui Facebook dengan nama lengkap yang sama pula! Kelly.


9. Pengantin wanita yang malang karena membatalkan pernikahannya setelah mengetahui tunangnya memeluk perempuan lain di Facebook



10. Yang akhir sekali meh kita balik ke Malaysia. Demontrasi aman di Facebook. Page yang protes bangunan 100 tingkat (Menara Warisan yang dimasukkan dalam pembentangan bajet) yang sudah mencecah 230,000 facebookan like 1M Malaysia reject 100 storey Mega Tower

Posted by YamMy at 9:20 AM 0 bebelan korang

time study week ni, tetibe aku teringat kat video ni... hoho. dah memang sebijik macam aku dah ha. cehhhh.

Wednesday, November 3, 2010

Saya sebatang pensel.

Posted by YamMy at 6:40 PM 1 bebelan korang


saya sebatang pensel, saya dilahirkan dikilang yang terletak di Shah Alam. Saya mengeluarkan dakwat berwarna biru, Saya berasa genbira kerana mempunyai ramai adik beradik yang lain... pada suatu hari...


haaaaaaaaaaa. pernah tak korang buat karangan macam ni. Aku sebatang kayu besbol la. Sebuah rumah la. Peti sejuk la... macam2, tu semua arahan dari cikgu kitorang. Tapi tak sangka pulak, tinggi jugak imaginasi aku nih.hohoho.. korang pon mesti pernah buat karangan macam ni jugak kan.


owh ye, selalunyer ending karangan aku asik sedih je... sob2..

Wednesday, October 27, 2010

diam..

Posted by YamMy at 6:42 PM 1 bebelan korang



bile seseorang berdiam diri, ianya membawa banyak maksud:

1. mungkin dia sedang bersedih
2. terlalu banyak perkara yang perlu difikirkannya.
3. memang dia tu pendiam
4. bercakap kadang2 membawa kite terjerumus kepada mengumpat, so lebih baik diam dari bercakap.
5. terasa rendah diri
6. dia tak de idea nak bercakap
7. terasa orang disekeliling tak suka dengannya
8. bila dia berhadapan dengan orang2 baru

Jadi, kalau kawan korang nmpak senyap dari biasa, tentu ada perkara disebaliknya. Berkomunikasilah dengannya.

Tuesday, October 26, 2010

masa

Posted by YamMy at 11:19 PM 1 bebelan korang
ni hasil tangan aku yang gatal.. hoho



aku selalu mengeluh, "owh, saya tak ada masa la"... Kemudian, aku telah ditanya. "Kenapa selalu kata kamu tak ada masa?, sedangkan tuhan telah memberikan kamu 24 jam sehari untuk kamu agihkan masa kamu sebaiknya. Kalau kamu kata masa yang diberikan tidak mencukupi bermakna kamu tergolong dalam golongan orang yang tak bersyukur"...

Subhanallah, ketika itu barulah aku sedar... Bahawa selama ini aku berada dalam golongan orang yang tidak mensyukuri nikmatnya. Dikala itu juga aku beristighfar...

Bila kerja tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya, bukan bermakna aku tiada masa.. tapi aku yang tidak meluangkan masa. Fikir-fikirkanlah...






Sunday, October 24, 2010

masker

Posted by YamMy at 11:02 PM 0 bebelan korang



yaey... tetibe rase nak jage kulit pulak. hehehe. ye la, sebagai wanita melayu terakhir-ececece. aku kena la jage kecantikan....mase mude la kena jagekan. so, aku mulekan dengan menjaga kulit muke dulu...

nak beli masker mahal.. jadi kita buat la sendidi sendiri. ala, bukan susah pon... putih telur campur madu ckit. tapi kalau tak de madu, putih telur je pon jadi la. uolll nak tau, kulit jadi tegang tau lepas pakai ni. hua3. tapi ade bau hanyier telur la. huhu...

tetibe terasa cantik pulak. hihihi. berangan je lebih.




triple date

Posted by YamMy at 12:23 AM 4 bebelan korang





hehehe.. semalam kitorang buat triple date tau.. ekekeke... tp disebabkan hujan aktiviti pon terhad la. kami pergi makan asam pedas yang sedap dan makn ais krim.. hehe .tetamu paling spesial adalah en king kong. hihi... datang dr jauh tu... pssttt, memang sgt padan orang paggil die king kong - hoho.. owh ye, ade jugak suare nakal yang sibuk kate nak pergi karok.. last2 kitorang karok dalam kereta je. sagt jimatlah. hehe.


Saturday, October 23, 2010

karipap

Posted by YamMy at 6:16 PM 0 bebelan korang



hari ni mkn karipap.. hoho~ special weh. sebab karipap ni bukan macam kat kedai, tp ni karipap yang dibuat oleh cik zura yang gediks itew.. muahaha. opss, harap2 budak rumah ni tak bace blog aku. keje aku tolong tgk ,mkn n tolong 'cantikkan' karipap tersebut. hee~

makan panas2 waktu hujan mmg seronok nih.

dan hasilnyer... tadaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehe.. nmpak sedap tak?

hoho, sebenernyer aku lupe nak amik gamba td. tp karipap kitorang lebeih kurang cam ni jugak la. hee~

Friday, October 22, 2010

rindu...

Posted by YamMy at 9:00 PM 0 bebelan korang



kalau budak laki amik gambar. mesti tunjuk macam2 aksi. kalau budak perempuan pulak. mesti sengih2 comel. haih. rindu sama mereka..^.^




Sunday, October 17, 2010

Posted by YamMy at 11:02 PM 0 bebelan korang


hari rabu dah dekat!!!
masa semakin tenat.

........................................
wajah minggu ini
.....................................
kan bagus boleh kembali begini.


oh, minggu ni sangat banyak presentation. oh!!!
T_T



orang 'tu' lagi...

Posted by YamMy at 10:57 PM 0 bebelan korang


mahu tergelak-gelak disini bila orang 'tu' yang dimaksudkan sebelum ini telah datang menyerang blog comel nih (erk, comel ke)... aku telah disoal siasat. muahahaha. jangan mara ye budak comel, saye gurau2 manje je. bolehkan?? heehhee..


::tak sangke die masih bace blog ni, walaupun blog die da lame 'tidur'. hehe

Friday, October 8, 2010

bila nasihat si perut buncit.

Posted by YamMy at 12:45 PM 3 bebelan korang


hei, tengok la perut ni... dah makin buncit.
hah! dah buncit baru nak ngadu kat aku.
nasihat aku:
sile ambil perhatian ye, sebelom bangun tido tu buat lah sit up cikit.
paling kurang pon 50 kali. kalau terasa perut tu beso sangat, buat la sikit2 dulu.


jawapan si perut buncit:
alaaa... malas la.


haih. kalau malas sila jangan mintak nasihat aku ye. -_-"

macam-macam

Posted by YamMy at 8:17 AM 1 bebelan korang

fuh.. macam2 kena pikir mggu ni, sebab byk kerja kena hantar hari isnin. plus, sabtu dan ahad ni aku kena pergi camping. semua kena siap awl2. maka terjadilah sebuah kisah.

setelah aku berhempas pulas demi menjayakan mini projek yang tak berjaya buat kesekian kali nyer (ayat macam ape je ^_^')... aku pon tertidur. tapi bila aku tido pon aku tak sedar.

dalam tido tidur aku bermimpi, mini projek dah berjaya.YES!!. terus semangat datang balik. terus aku terbangun. dan bile cek kerja2 aku balik. rupe-rupenyer tu semua mimpi. adeh ^_^".

p/s: aku kuat berangan nih.

Wednesday, October 6, 2010

Cube kira.

Posted by YamMy at 11:44 PM 0 bebelan korang



jom peningkan kepala.
cuba kira berapa orang lidi






p/s:tgk pon da pening ^.^

Monday, October 4, 2010

DOTA

Posted by YamMy at 9:46 PM 3 bebelan korang

sebaik kaki melangkah
diri harus waspada
takut terjerat
dengan musuh yang tak diduga
.
.
.
.
.
.
yaey..masa untuk main dota.


tipu je. aku mane main dota... orang 'tu' je yang main. tapi jarang2 menang. eleh.. tapi nak belagak ngan orang. wekk..


p/s: dituju khas pada orang 'tu' ^.^

Facebook

Posted by YamMy at 6:40 PM 3 bebelan korang


oh!
hari 'besar' makin tiba
kerja makin menggunung
project seakan diseru
maka, sesuatu perlu di lakukan
facebook harus HARUS deactivate kan
tp byk suare sumbang
"ah, tak lame lagi activate balik la tu"


p/s: boleh tak kamu menyokong saya?

Sunday, October 3, 2010

al-fatihah

Posted by YamMy at 8:43 PM 0 bebelan korang

sedikit geram disini.
ku khabarkan pada si dia, sipolan meninggal dunia
jawapannya "Hah, siapa?"
ku terangkan pada si dia
balasnya "ok, aku tak kenal"


huh, ayat "ok, aku tak kenal" sangat menyakitkan hati.
"innalillahiwainnailaihirojiun"
bukankah itu sepatutnya?


ya, saya juga tak mengenalinya
tapi tetap rasa kehilangan
kerna kami semua di bawah 'bumbung' yang sama


al-fatihah...
semoga beliau tenang di sana.

Tuesday, September 28, 2010

Mee Bandung

Posted by YamMy at 11:53 PM 1 bebelan korang


Fuh... time aku dok fikir nak masak ape rini. Tibe2 ade orang yang baik hati bg mee bandung kat saya... Wah, time tu terus terima je la. Sedap oooo.. Bile la aku leh buat mee bandung macam tu. Huhu. Boleh la bg orang yang tesayang makan. hikhik. tetibe jadi gedik.. hehehe <--kalau kak dewi bace ayat2 saye ni, sila abaikan yep


Mee mengandung tu selamat dalam perut aku. Maseh ye akak comel, macam tau je saya tengah lapa. Meh nak kasi hadiah>>MUAHHXX.
Posted by YamMy at 8:42 PM 1 bebelan korang


Lawak seyh....


Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook

Posted by YamMy at 6:13 AM 0 bebelan korang




Cian si Ryan Homsley nih. dah la perlukan duit untuk ubati penyakit diabetis die tu.
Lepastu kena tangkap sebab rompak bank pulak. Nih gara2 die dah mengaku sebangai bank robber..
Ryan ni terlalu bijak atau terlalu cerdik??...
Aku rase due2 bukan.. hehehe

Monday, September 27, 2010

Ummi

Posted by YamMy at 11:10 PM 0 bebelan korang


Tetibe rindu ngan ummi.. Nak tepon esok la..

Friday, September 24, 2010

Tatu Lidah.

Posted by YamMy at 6:25 PM 2 bebelan korang


Dalam tangan aku gatal mengklik-klik, aku pun terjumpelah ngan gambo ni.. huh. gamba ni memang buat aku panas. Bukan panas badan. tapi, darah aku yang penas. nasib baik tak menggelegak aje. huhh. Pelopornya pulak si mata biru.. Ape nak jadi la.


ish.. tolong la... dah tak de tempat lain ke nak buat tatu nih.. huh..Agak2 korang cam ne lah diorang nih makan?? maksud aku time tatu ni baru lagi. msti sakit kan.. memang padan la muke, dah korang yang nak kan..

tapi tatu kat lidah ni tak popular lagi la.. tak lame lagi ramai la yang ade tatu kat lidah... Aku yakin, diakhir zaman ni mst ramai anak mude yang sangat tipis imannya mudah terikut ngan pengaruh barat nih. nauzubillah.. mintak dijauhkan... Keje2 yang tak elok macam ni mmg ramai pengikutnya. huhhh..

Bila Ibu Bapa Menjadi Khinzir.

Posted by YamMy at 12:02 PM 0 bebelan korang

Walau Ibu Bapa Menjadi Khinzir?????
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
Setelah itu khinzir itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar.
khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.




Thursday, September 23, 2010

oh~

Posted by YamMy at 5:10 PM 0 bebelan korang


hei2. korang nak tau tak. interview aku tak jadi.. yeahhaaaa. ditunda minggu depan. huhuhu... hmm...nih rahmat ke nikmat. tp kalau mggu depan ade test, kan dah menyusahkan aku tu. heee~

dan semalam, aku dapat mengadap sahabat yang paling aku kasihi.. wah. makin tembam la die ni -aku bile lagi??- kawan die pon ramai yang tegur.. tehehehe, sempat lagi die kenakan aku.. aku ni makin kering.. owh, tidak!!... budak ni mesti makan banyak time raye.. makin bulatt aku nengok. bulat pon bulat lah. ahaks... kalau pasal makan, pergh.. mesti licin je. aku pulak yang kenyang tgk die. huhu...

dan semalam jugak.. aku baru memulakan langkah pertama aku untuk buat bengkel.. yeay... tp baru login je.. tu pon tak jadi.. ahaksss... tapi tak pe lakan... at least ade la coding yang aku taip.

owh ye, open house banyak lagi. tak menang tangan nih... sume tempat nak pergi, tapi terpaksa dok rumah.. psstt.. driver balik kampung. uhuk..

Wednesday, September 22, 2010

Interview

Posted by YamMy at 5:10 PM 0 bebelan korang




Adoi... Esok ada interview. Dalam BI lak tu. Bebelit la lidah aku esok... My name is bla2.. ape la yang aku nak menipu ni. ehehe.. kalau dapat jawab ok la. Lepas tu jantung mesti macam nak keluar je kan.. uhuhu. mengalahkan orang nak becinta la pulak. Then perut pulak dah macam ade taufan.. bergelora je. aku yakin benda2 ni akan berlaku esok. ape-ape pun, jangan la benda2 ni sume membantutkan lidah dan akal aku esok. wish me luck ye kengkawan.

Malasnyer.

Posted by YamMy at 10:41 AM 0 bebelan korang




Bile penyakit malas datang, habis semua kerja terbengkalai... Aduhai la malas.. Sile main jauh2 ye. Diri ini perlu menyiapkan banyak benda.. Syuh2... Jangan dekati aku lagi. Doktor mana perlu ku ketemu. Ubat apa perlu ku ambil... Kalaulah itu semua boleh ubati penyakit ini. Haih...

Oh... Melaka semakin panas!!!

Posted by YamMy at 12:30 AM 0 bebelan korang




Dah dua tiga hari ni, kalau tidur kat rumah sewa kat Melaka ni mesti tak lena. Bukan aku sorang je tau, kawan2 aku pon sama. Kipas bukan main laju.. Dah macam helikopter aku tengok. Tapi langsung tak rasa angin. Masih rasa bahang. Huh, panas beb! mandi pon tak rasa sejuk... hohoho... Ni yang aku terasa rindu ngan rumah aku. Air punyerla sejuk, cam air sungai... BRRRRRR. Pas mandi terus segar tu... Tak caye?? Meh la datang rumah aku... Aku buat Close House.. eekekeke.. Gurau je.

Tuesday, September 21, 2010

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Posted by YamMy at 11:58 AM 0 bebelan korang


Kereta tertusuk penghadang jalan



GAMBAR kereta Andy Dangerfield yang tertusuk penghadang logam.


BILLINGS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu, Andy Dangerfield, 21, yang sedang mengantuk nyaris maut terkena tusukan logam penghadang jalan yang menembusi keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan balik dari rumahnya di Washington ke kolej pengajiannya di Idaho sebelum kereta Chevy Suburban yang dipandunya terbabas di bahu sebuah lebuh raya di Montana.


GAMBAR menunjukkan penghadang logam menembusi cermin belakang kereta.


Peronda Lebuh Raya Montana, Sarjan Jason Hildenstab berkata, dia belum pernah lagi melihat nahas itu apabila pemandunya terselamat daripada maut walaupun keretanya ditusuk logam sepanjang 27 meter.

Penghadang itu menembusi lampu kanan sebelum memasuki bahagian enjin, kerusi penumpang dan cermin tingkap belakang. - Agensi




::BERHATI-HATI DI JALAN RAYA::

Ha.. Jangan la korang hati-hati masa nak balik raya je ea...

Monday, September 20, 2010

Fahrin Ahmad di Mekah

Posted by YamMy at 9:44 PM 0 bebelan korang

Aku nak kongsi gambar2 ni ngan u olls... hehehe...

Gambar2 si kacak Fahrin Ahmad kat Mekah..

Ade yang kate sejuk mate memandang..

Ape2 pun.. Layanzzz..



Posted by YamMy at 1:59 PM 0 bebelan korang

Ohohoho... Roger2.. aku kat Melaka dah ni... Baru semalam sampai sampai. suke ke tasuke?? haha.

Banyak mende yang merindui aku. Tapi aku?? oh tidak!!!

Yang merindui aku:
>>Projek bengkel yang aku tak mule kan lagi.
>>Mid Term
>>Assignment kuase due.
>>bla bla bla...

Melaka oh Melaka... besejarah betulla. tata

Wednesday, September 8, 2010

10 LALUAN....

Posted by YamMy at 9:24 AM 0 bebelan korang


10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala

* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala

* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

Saturday, September 4, 2010

KITA YANG SEBENARNYA..

Posted by YamMy at 4:47 AM 0 bebelan korang



Kita yang Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???

Tuesday, August 31, 2010

Nenek Hebat.

Posted by YamMy at 7:23 PM 1 bebelan korang


Hebat tak nenek ni.. hoho..

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez