Tuesday, October 9, 2012

eh eh.. aku dah lupa

Posted by YamMy at 1:23 PM 2 bebelan korang

Setelah sekian lama tak update blog, tetibe datang ilham nak tulis2. Maklum la asik tengok blog orang je kan. tetibe teringat.. eh eh.. aku pun ade blog jugak kan.. ok. langkah pertame, taip url blog. lame aku berpikir, ape name blog aku eh.... adeh.

jalan terakhir setelah gagal ingat url blog aku, aku pegi la website nuffnang, sambil tengok earning aku yang dari dulu tak mencanak naik T_T (padan muka aku, dush...) aku pon tengok la url blog aku. YESSSSS!!!!!! akhirnya.. satu masalah dah selesai. aku dah tau url blog sendiri. yaey.. owh terharunya sob sob :')

bile pergi blog aku pulak, baiklah.. macam mane nak login neh, nak edit segala-mala isi kandungan blog.... eh jap. bukan kat sini ke..eh2.. bukan kat situ ke.. eh2.. mane eh?? aduiiii.. grrrr.. cari2 tak jumpe. what the blog betulla. haiyoooo.. tetibe teringat cool blog. sedapnye, owh. bestnye dapt membasahkan tekak dengan air sejuk dan pearl yang owwwh.. marveleses. oiiii oiiiiii... masalah ni pon tak setel lagi. haiyooo...

jadi, apelah fungsi google, yahoo, dan segala tok nenek kalau aku tak gunakan. ye dak? 

akhirnya... aku dapat jugak update blog haku neh. dan aku juga udah ketemu sama itu blog yang sangat berguna untuk beginner blogger (yang dah lame guna blog pon ok jugak. boleh tambah2 ilmu).. kebanyakan post blog ni tunjukkan cara untuk cantikkan lagi blog korang, dengan cara ni blog akan bertambah seri uolsss

Thursday, August 25, 2011

Hari Raya bagi budak kecik!

Posted by YamMy at 3:41 PM 1 bebelan korang


Tak sangkakan! Hari Raya beberapa hari je lagi, rasa macam baru seminggu je berpuasa. Kalau status kat fb, masing-masing berlumba buat kuih raya. Raya sakan kot! Aku pulak biasa je, kuih berbalang-balang aku buat ade aku cerita kat korang *ok aku tipu.


Apa-apa pun, hari raya sangatlah bermakna bagi kanak-kanak. Tiap kali raya mesti berlumba-lumba nak kumpul paling banyak duit raya. Masa tu, sapa yang kumpul paling banyak duit raya, dialah RAJA. Raja paling kaya, paling banyak berusaha, paling handsome, paling kacak dan paling cantik, juga bermacam paling lagi.


Masa zaman aku kecik-kecik, rm2 adalah jumlah yang paling besar, macam2 boleh buat dengan duit tu. Kiranya, orang kaya2 je boleh bagi rm2 ni. Paling cikit dan paling dibenci adalah 50 sen. zaman sekarang ade orang nak bagi 50 sen? nan hado! pada kitorang yang masih kecik dan naif tu, sapa yang bagi 50 sen adalah orang yang paling kedekut dan sekali dipandang rendah oleh kitorang (owh, sangat tak patut aku masa tu). Bagi sesiapa yang bagi kitorang lebih dari rm2, mereka akan dipandang tinggi dan kitorang takkan lupe bg tau rakan2 yang lain, supaya rakan2 yang lain boleh serang rumah mereka pulak. hoho. Boleh la sama2 kumpul duit raya banyak banyak *mulia jugak aku ni kan. hee.


Then, lepas pukul 5 baru la kitorang tepacak kat rumah. mak abah akan tanya. "banyak dapt duit raya?". kitorang dengan gembiranya akan ceritakan satu2 persatu rumah yang kitorang pergi, sapa yang bagi paling banyak duit dan sapa bg paling cikit. mak abah pulak layan kan aje perangai kitorang satu persatu. maklumlah adik beradik ramai.


Bila malam menjelma, kami adik beradik ada misi lain untuk diteruskan, yakni ikut mak abah pergi rumah kawan2 dorang yang dok jauh sikit dari rumah kitorang. Masing2 akan ikut sebab suka naik kereta, lagi satu kitorang dah set in mind, kawan2 mak abah mesti orang kaya,. Boleh la dapt banyak duit raya. hehe


Tak lupa juga, bile balik rumah kitorang adik beradik takkan dok saje2. masing2 jadi akauntan, kira duit masing2. sampul duit juga wajib di tulis nama masing2.


ps: tahun ni aku leh dapt duit raya lagi tak? boleh la. plissss



Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez