Thursday, August 25, 2011

Hari Raya bagi budak kecik!

Posted by YamMy at 3:41 PM


Tak sangkakan! Hari Raya beberapa hari je lagi, rasa macam baru seminggu je berpuasa. Kalau status kat fb, masing-masing berlumba buat kuih raya. Raya sakan kot! Aku pulak biasa je, kuih berbalang-balang aku buat ade aku cerita kat korang *ok aku tipu.


Apa-apa pun, hari raya sangatlah bermakna bagi kanak-kanak. Tiap kali raya mesti berlumba-lumba nak kumpul paling banyak duit raya. Masa tu, sapa yang kumpul paling banyak duit raya, dialah RAJA. Raja paling kaya, paling banyak berusaha, paling handsome, paling kacak dan paling cantik, juga bermacam paling lagi.


Masa zaman aku kecik-kecik, rm2 adalah jumlah yang paling besar, macam2 boleh buat dengan duit tu. Kiranya, orang kaya2 je boleh bagi rm2 ni. Paling cikit dan paling dibenci adalah 50 sen. zaman sekarang ade orang nak bagi 50 sen? nan hado! pada kitorang yang masih kecik dan naif tu, sapa yang bagi 50 sen adalah orang yang paling kedekut dan sekali dipandang rendah oleh kitorang (owh, sangat tak patut aku masa tu). Bagi sesiapa yang bagi kitorang lebih dari rm2, mereka akan dipandang tinggi dan kitorang takkan lupe bg tau rakan2 yang lain, supaya rakan2 yang lain boleh serang rumah mereka pulak. hoho. Boleh la sama2 kumpul duit raya banyak banyak *mulia jugak aku ni kan. hee.


Then, lepas pukul 5 baru la kitorang tepacak kat rumah. mak abah akan tanya. "banyak dapt duit raya?". kitorang dengan gembiranya akan ceritakan satu2 persatu rumah yang kitorang pergi, sapa yang bagi paling banyak duit dan sapa bg paling cikit. mak abah pulak layan kan aje perangai kitorang satu persatu. maklumlah adik beradik ramai.


Bila malam menjelma, kami adik beradik ada misi lain untuk diteruskan, yakni ikut mak abah pergi rumah kawan2 dorang yang dok jauh sikit dari rumah kitorang. Masing2 akan ikut sebab suka naik kereta, lagi satu kitorang dah set in mind, kawan2 mak abah mesti orang kaya,. Boleh la dapt banyak duit raya. hehe


Tak lupa juga, bile balik rumah kitorang adik beradik takkan dok saje2. masing2 jadi akauntan, kira duit masing2. sampul duit juga wajib di tulis nama masing2.


ps: tahun ni aku leh dapt duit raya lagi tak? boleh la. plissss



1 bebelan korang:

sherlina halim on September 25, 2015 at 10:22 AM said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez