online counter

Wednesday, June 1, 2011

mane rumah die 4 bijik tu?

Posted by YamMy at 4:02 PM 0 bebelan korang


orang yang paling aku tak suka adalah orang yang suka menunjuk-nunjuk. Even orang tu ada rumah besar sampai gajah pon boleh masuk, ade aku kesah? aku kat sini bukan nak cakap pasal orang yang ada rumah besar sampai gajah pon boleh masuk. Tapi mengenai seseorang yang boleh buat aku panas, tapi aku kool je. hakhak.

Aku, Ummi aku berserta 2 adik aku dalam pejalanan ke Temerloh, Pahang, dalam rombongan ke majlis perkahwinan kenalan ummi aku. Dalam perjalanan balik tu, kelindan bas tu pon beborak ngan ummi aku. Tanye pasal anak. ala, biasela... topik paling common.

Kb (kelindan bas) : Ni anak ke? Belajar mana? (merujuk pada aku)

Ummi : A'a. Belajar kat Utem?

Kb : Ooo. belajar kat TEKNI ye. (Sambil pandang aku)

Aku : Erk.. salah tu pakcik. Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Kb : betul la tu sayang oii.. singkatannye TEKNI je.. anak pakcik pon belajar sane.

Aku : T_T (ye ke? aku tak penah dengar pulak. aku nak tanye anak die amik course ape. sedap je die potong cakap aku. hu)

Then, tetibe je pakcik tu kate macam ni :

Kb: Saye ade 4 bijik rumah tau! satu rumah pangse, satu rumah 2 tingkat, baru-baru ni saye buat lagi sebijik rumah harga 450,000... (lagi satu ape tah)

ok fine, ade aku kesah kalau ko ade sepuluh pon. ade kitorang tanye ke?

nak dijadikan cerite ni makin best adelah: kenalan mak aku merupakan jiran pakcik kelindan bas. menurut beliau, pak cik kb ni tinggal kat rumah pangsa. dan paling mengejutkan kitorang die menyewa je. Anak die tak sambung belajar mana2 pon, sekarang kerja kat warta.


wait, mane rumah die 4 bijik tu? rupanye semua yang pakcik tu cerita tipu je. hei! saye paling tak suke orang tipu2 ni. ok, kalau nak buat penyedap cerite pon, jangan la sampi semua ko tipu. aku tak kesah kalau ko tinggal dalam kotak pon, asal hati ko baik. semua orang akan suke ko.


btw, aku rase kesian kat pakcik nih. mungkin die rase rendah diri sampai menipu kitorang yang naif nih. dok mengiyakan je ape die cakap. mati2 kitorang percaye kau tau. aku pon bukan la orang senang, tapi aku bukan la susah pon. tapi kita perlu terima qada' dan qadar.. Terima apa yang DIA anugerahkan pada kita. Kalau dah tipu macam ni, jelas tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Wednesday, May 11, 2011

hati-hati ye wahai kaum hawa

Posted by YamMy at 4:13 PM 0 bebelan korang

baru-baru ni aku ade terbace status one of my friends kat fb. statusnya bergini:

"8-10-tion= hati-hati kepada semua kaum wanita melayu...sekarang seorang lelaki india sedang galak menyimbah asid kemuka kaum wanita melayu..MOTIF???? suka2 kowt...20 orang wanita telah menjadi mangsa di sekitar kuala lumpur...suspek menaiki HONDA EX5 WARNA HITAM...berhati2 yer saudara sekaum ku..."
*aku copy paste je status ni =p

ha, siap ade nombor plat lagi kau. tapi aku tak tau la betul ke idok nombor plat tu. tapi kalau ikut logik, polis mesti dah dapat tau siapa pemilik kenderaan kalau betul no plat kenderaan tu.

mula-mula aku tak sure la betul ke tak cite orang main simbah asid neh sebab aku ade kat melake bukan kat kl. yela, siapala nak buang masa simbah2 asid.. mangsenye pulak tak kenal sapa. sapa2 pon buleh kena la kan?

tapi tengah hari tadi keluar berita pasal orang simbah asid ni. info yang aku tau.. penjenayah ni buat operasi penyimbahan asid ni *dah macam upacara ape pulakkan, pada waktu petang setiap hari isnin hingga jumaat. pada hari sabtu dan ahad pula, pada sebelah pagi.

pada pendapat aku la, orang ni sakit mentol mental kot. tak pon suka suki je, sebab die sakit hati orang tu lagi cantik dari die agaknya. tapi betul ke mangse adalah perempuan melayu sahaja? yang pan asian? cam ne lak nak kire neh? betul ke penjenayah lelaki india? betulke suspek menaiki kereta honda? ape2 pun kite serahkan jelah pada pihak berkuasa jalankan tugasnya.

so, conclusionnya.. hati2 lah di jalanraya.. dan hati2 lah dengan HONDA EX5. hee...


Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez