Tuesday, September 28, 2010
Mee Bandung
Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook
Monday, September 27, 2010
Friday, September 24, 2010
Tatu Lidah.
Bila Ibu Bapa Menjadi Khinzir.
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
Setelah itu khinzir itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar.
khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Thursday, September 23, 2010
oh~
Wednesday, September 22, 2010
Interview
Malasnyer.
Oh... Melaka semakin panas!!!

Tuesday, September 21, 2010
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
Kereta tertusuk penghadang jalan
BILLINGS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu, Andy Dangerfield, 21, yang sedang mengantuk nyaris maut terkena tusukan logam penghadang jalan yang menembusi keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan balik dari rumahnya di Washington ke kolej pengajiannya di Idaho sebelum kereta Chevy Suburban yang dipandunya terbabas di bahu sebuah lebuh raya di Montana.
GAMBAR menunjukkan penghadang logam menembusi cermin belakang kereta. |
Peronda Lebuh Raya Montana, Sarjan Jason Hildenstab berkata, dia belum pernah lagi melihat nahas itu apabila pemandunya terselamat daripada maut walaupun keretanya ditusuk logam sepanjang 27 meter.
Penghadang itu menembusi lampu kanan sebelum memasuki bahagian enjin, kerusi penumpang dan cermin tingkap belakang. - Agensi
::BERHATI-HATI DI JALAN RAYA::
Ha.. Jangan la korang hati-hati masa nak balik raya je ea...
Monday, September 20, 2010
Fahrin Ahmad di Mekah
Wednesday, September 8, 2010
10 LALUAN....
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )
LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala
LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri
LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram
LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW
LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."