Friday, December 10, 2010
tiap2 malam ade training.
Monday, November 29, 2010
nasib tinggal di rumah pangsa.
Saturday, November 27, 2010
aktiviti bersama ex-housemate
Saturday, November 20, 2010
air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.
" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"
jutaria... aku kaya!
Tuesday, November 16, 2010
esok balik time raye. hehe.
SUKEEEE!!!
Monday, November 15, 2010
maafkan saya
Wednesday, November 10, 2010
asik pekse je. @_@
Tuesday, November 9, 2010
final paper ke 2
saya ada nokia baru. jangan jeles..
Saya ada nokia baru.. . . . . . . . . . . . . . . . . . ![]() Ahli stunt amateur ![]() ![]() Masa ke tandas cuba la Google ini . . . . . . . . . .. . . . ![]() |
Monday, November 8, 2010
Pasu bunga berhantu..
Sunday, November 7, 2010
Survey Golongan y boleh baca 1000 Muka Surat Dalam Masa Singkat
Satu survey telah dijalankan untuk menentukan golongan yg boleh membaca 1000 muke surat yg penuh dengan fakta dlm mase plg singkat. Keputusannye adelah: Writer: 6 bulan Doctors: 2 bulan Lawyer: 1 bulan Student yg ade exam esok: 1 malam |
Rambut menawan.. ye ke??
no komen.. sebab tak paham. hehehe.. heh.. yang ni mesti sempena olimpik. amoi tu pon gelak kan die. nak gelakkan die jugak ke. cian la pulak.... ni mesti nak menyamar jadi harimau. aummmm.. rambut ni ilham dari tikar mengkuang ke. konpius la. heh.. haaa. ade tak persamaan antara rambut minah ni ngan patung tu... sile ckp ade yer.hoho sape2 yang rase kurang ketinggian, boleh la cube rambut ni untuk menambah ketinggian. hoho~ |
Saturday, November 6, 2010
Jom download movie.

Sifat Bidadari
2. Kepala dan Kerudung yang Dikena kannya
3. Wajahnya Putih dan Cantik Jelita
4. Sangat Indah Rupawan
5. Keindahan Matanya
6. Pandangannya Pendek (Tidak Liar)
7. Keindahan Hidung dan Kelembutannya
8. Pipinya Mulus, Bersih dan Ranum Kemerah-merahan
9. Mulutnya Manis dan Senyumnya Meman car kan Cahaya
10. Nyanyiannya
11. Suaranya Paling Merdu
12. Kekal Abadi
13. Selalu Berada dalam Keamanan dan Ketenangan
14. Selalu dalam Kesenangan
15. Selalu Rela dan Cinta
16. Senantiasa Menetap dan Mendampingi
17. Dipingit (Tidak Kemana-mana)
18. Berada dalam Tenda-Tenda
19. Selalu Memuji lagi Menyambut
20. Rambutnya Hitam Legam dengan Aro manya yang Harum Semerbak
21. Lehernya Halus dan Panjang
22. Pinggangnya Indah
23. Perutnya Indah
24. Hatinya Menjadi Cermin bagi Suaminya
25. Pergelangan Tangan, Tapak Tangan dan Cincinnya Sangat lembut
26. Disucikan
27. Mereka Adalah Perawan
28. Tidak Membosankan Suami dan Selalu Memuaskan
29. Betisnya Bening, Tumitnya Putih Mulus
30. Aroma dan Perhiasannya
31. Wanita yang Baik
32. Cerah Memancarkan Cahaya
33. Kedudukannya Tinggi
34. Berlimpah Kecintaan
35. Sebaya dan Sama
36. Benar-Benar Suci, dan sebelum nya tidak pernah Disentuh oleh Manusia maupun Jin
37. Luput (Terbebas) dari Akhlak Tercela
38. Diciptakan oleh Dzat Yang Maha Bijaksana Secara Langsung
Friday, November 5, 2010
10 kejadian menarik berlaku di facebook.
Hei, sape yang tak de facebook. Sile angkat jari kaki tinggi2. hehehe.. kalo tak tgk faceboook dalam satu hari tu, mesti rase tak sedap bdan... rase nak demam pon ade. ngeh3..
Berikut pula ialah portal kesayangan korang ini telah menghasilkan beberapa kejadian yang sukar dipercayai tetapi benar-benar terjadi dalam kehidupan yang diakibatkan oleh Facebook!
1. Sebuah gambar keluarga yang mana gambar mereka di Facebook telah dicuri dan digunakan sebagai iklan di Republik Chez. ceh, nak kene saman nih.. hoho~
2. Seorang wanita mengalami tekanan kerana banyak gambarnya di pantai telah diupload ke Facebook.. malu sehhhh~
3. Pengantin lelaki sempat update status Facebook semasa hari perkahwinannyer- kalo aku la, tinggalkan je teurs. huh!
4. Seorang suami telah diceraikan isterinya di Facebook.. ikut sukati depa je kan..
5. Remaja di Amerika yang terselamat kerana tidak dijatuhkan hukuman mahkamah kerana tuduhan menyerang terdapat bukti dia online di Facebook semasa kejadian...ngeh3, betol die yang online waktu tu?ntah2 orang lain.
6. Seorang kanak-kanak akhirnya ditemui keluarganya setelah 22 tahun diculik dengan bantuan dari Facebook. mak aih.. 22 tahun tu.
7. Seorang remaja telah menulis status “Jika saya mendapatkan 1,000,000 saya akan meletakkan 150 Pokemon tato di punggung saya!” malangnya, dia terus menyembunyikan diri setelah gagal memenuhi janjinya. Tak pasti 1,000,000 apa
8. Pasangan berbahagia yang menikah setelah bertemu melalui Facebook dengan nama lengkap yang sama pula! Kelly.
9. Pengantin wanita yang malang karena membatalkan pernikahannya setelah mengetahui tunangnya memeluk perempuan lain di Facebook
10. Yang akhir sekali meh kita balik ke Malaysia. Demontrasi aman di Facebook. Page yang protes bangunan 100 tingkat (Menara Warisan yang dimasukkan dalam pembentangan bajet) yang sudah mencecah 230,000 facebookan like 1M Malaysia reject 100 storey Mega Tower
Wednesday, November 3, 2010
Saya sebatang pensel.
Wednesday, October 27, 2010
diam..
Tuesday, October 26, 2010
masa

Sunday, October 24, 2010
masker

triple date

Saturday, October 23, 2010
karipap

Friday, October 22, 2010
rindu...


Sunday, October 17, 2010
orang 'tu' lagi...
Friday, October 8, 2010
bila nasihat si perut buncit.
macam-macam
Wednesday, October 6, 2010
Monday, October 4, 2010
DOTA
Sunday, October 3, 2010
al-fatihah
Tuesday, September 28, 2010
Mee Bandung
Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook
Monday, September 27, 2010
Friday, September 24, 2010
Tatu Lidah.
Bila Ibu Bapa Menjadi Khinzir.
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
Setelah itu khinzir itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar.
khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibubapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Thursday, September 23, 2010
oh~
Wednesday, September 22, 2010
Interview
Malasnyer.
Oh... Melaka semakin panas!!!

Tuesday, September 21, 2010
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
Kereta tertusuk penghadang jalan
BILLINGS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu, Andy Dangerfield, 21, yang sedang mengantuk nyaris maut terkena tusukan logam penghadang jalan yang menembusi keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan balik dari rumahnya di Washington ke kolej pengajiannya di Idaho sebelum kereta Chevy Suburban yang dipandunya terbabas di bahu sebuah lebuh raya di Montana.
GAMBAR menunjukkan penghadang logam menembusi cermin belakang kereta. |
Peronda Lebuh Raya Montana, Sarjan Jason Hildenstab berkata, dia belum pernah lagi melihat nahas itu apabila pemandunya terselamat daripada maut walaupun keretanya ditusuk logam sepanjang 27 meter.
Penghadang itu menembusi lampu kanan sebelum memasuki bahagian enjin, kerusi penumpang dan cermin tingkap belakang. - Agensi
::BERHATI-HATI DI JALAN RAYA::
Ha.. Jangan la korang hati-hati masa nak balik raya je ea...