online counter

Tuesday, September 21, 2010

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

Posted by YamMy at 11:58 AM


Kereta tertusuk penghadang jalan



GAMBAR kereta Andy Dangerfield yang tertusuk penghadang logam.


BILLINGS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu, Andy Dangerfield, 21, yang sedang mengantuk nyaris maut terkena tusukan logam penghadang jalan yang menembusi keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan balik dari rumahnya di Washington ke kolej pengajiannya di Idaho sebelum kereta Chevy Suburban yang dipandunya terbabas di bahu sebuah lebuh raya di Montana.


GAMBAR menunjukkan penghadang logam menembusi cermin belakang kereta.


Peronda Lebuh Raya Montana, Sarjan Jason Hildenstab berkata, dia belum pernah lagi melihat nahas itu apabila pemandunya terselamat daripada maut walaupun keretanya ditusuk logam sepanjang 27 meter.

Penghadang itu menembusi lampu kanan sebelum memasuki bahagian enjin, kerusi penumpang dan cermin tingkap belakang. - Agensi




::BERHATI-HATI DI JALAN RAYA::

Ha.. Jangan la korang hati-hati masa nak balik raya je ea...

0 bebelan korang:

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez