online counter

Wednesday, July 7, 2010

Bang... Cili padi seringgit.

Posted by YamMy at 12:44 AM




Cite ni dah lame da. Setahun kot. tapi bila teringat balik, aku senyum kura-kura kambing sorang2. Mana taknyer, mak aku pon dok gelak-gelakkan aku masa kejadian ni berlaku. huhu.. sampai ati. Korang yang baca jangan gelakkan aku tau.. janji ea.. hehe.. kalau nak gelak pon.. sila la.. sila.. sila..

al-kisahnya...

mak ngan aku dalam perjalanan pulang dari beli roti canai.. Kitorang naik moto. Aku jadi pembonceng je.. Lepas tu mak aku baru teringat tak ade cili padi kat umah. nak masak lemak cili api tengah hari nanti. Kitorang pon berenti di sebuah kedai.






"Angah, beli cili padi seringgit ea.."

"ok" sambil aku turun dari moto.

Kat kedai tu ada la si teruna.

"Bang, cili padi seringgit.."

*bunyi cengkerik*.. sahutan aku tak berbalas. tak dengar kot...

"Bang, cili padi seringgit" kuat sikit dari tadi..

owh, si teruna bertindak balas.. Dia pandang aku la...

Nak tau apa jawapan dia hingga membuatkan aku kecewa??

"Dik, abg bukan kerja kat sini..." sambil tersengih-sengih.

aku.. "ooo.. ye ke." rasa nak blah time tu jugak... ok, control2.. jangan gelabah.





pergh, malu beb.. dah la si teruna tu boleh tahan kacaknyer.. sila abaikan kegatalan aku ni ye. time tu jugak la pekerja kedai tu kluar. Adoi, kalau ko muncul awal2 tak de la aku malu cam gini.. huhh. aku beli cili pastu belah.. Dalam perjalanan, aku ngan mak aku tekekeh-kekeh gelak. Sampai nak masuk umah pon gelak. Tak campur mak aku cite kat adik2 aku ag. lagi la haru biru.. huhu. Sampai sekarang, bila kau tengok kedai tu aku tesenyum sorang2.. hehe..





pada yang berkenaan, sila la dengar bebelan2 ni ye. hehe..

3 bebelan korang:

SS on July 7, 2010 at 7:03 PM said...

alahaii segannya. I pun pernah kena hehe

Wanie on July 7, 2010 at 10:06 PM said...

owh..sgtla malu..haha..mst blushing kan..

YamMy on July 7, 2010 at 10:14 PM said...

#Sheera: uhuhu.. baru cikit. byk lagi perkare memalukan.. reda je la. hehehe.

#wanie: mmg blushing pon. rase nak sorok muke dlam plastik je. ngee.

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez