online counter

Wednesday, June 2, 2010

UbaT MujAraB UntuK SyaiTaN..

Posted by YamMy at 2:48 PM


Ada satu rujukan menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ada sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya.hah, ubat ni pulak bukannya mahal macam ubat kita... senang-senang je para syaitan dan iblis ni boleh sembuh. bukan pakai bomoh tau. Kalau nak tahu, boleh dikatakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yang dilaknat.

Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan.

Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah, patah tangan ,kaki, tengkuk, macam macam lah. Kemudian, datanglah bapak mereka dan memberitahu bahawa hanya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org islam yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah... pengotorkan. dah nama pon iblis, mane kisah kotor ke tidak... Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar sentiasa. Oleh itu, jgn kencing berdiri

0 bebelan korang:

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez