online counter

Saturday, June 12, 2010

Seronoknya jadi budak-budak..

Posted by YamMy at 12:36 AM





Memang seronok jadi budak-budak kan??


Bangun pagi, tido, makan, lepas tu main, pastu tido balik... tak payah nak fikir pape lam otak ni. Lepas tu bole mintak mainan. Bagi budak yang suka buat suasana jadi haru biru n dramatik sikit, menangis guling-guling atas jalan selagi tak dapat mainan. kan kan kan.. aku pernah tengok. Dramatik betul budak tu. Cian mak pak die. ish3.

Boleh main masak-masak, pondok-pondok, perang-perang, main kawin mawin. hehe.. kalau umo 20-an macam aku ni main bende-mende ni mst mak dan pak aku da pimpin aku masuk tanjung rambutan. Paling busuk pun mesti makcik-makcik dok mengumpat... kesian budak ni, muda-muda lagi dah buang tabiat..ish3...


Tapi masa kecik-kecik dulu selalu tepikir nak jadi orang besa.... Bukan orang berbadan besar tau. Tp, orang dewasa.. Ade duit banyak, berkejaya, bawak beg bimbit.. fuiyooo. beznyer..


Tapi bile da beso ni... aku rase nak jadi budak kecik balik, boleh tak??


Tapi kalau orang yang bebadan besar memang la boleh jadi kecik balik... haaa.. teruskan diet anda tu ye.. Malaysia boleh. Anda boleh. Chaiyokkkk!!!. Jangan hangit-hangit bunga taik ayam pulak ea.. eh silap. jangan hangat-hangat taik ayam pulak ea.


Sekain, eh.. Sekian....
-_-" tangan aku asik tesasul je la.. huhu.



p/s: pengalaman mendewasakan kita, jadi jangan takut dengan apa sahaja yang bakal tiba. =)


0 bebelan korang:

Related Posts with Thumbnails
 

SeMaLAM..HarI !n! daN EsOK Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez